Tuesday, 11 October 2011

PKR mahu terbit Utusan Rakyat tarik sokongan Melayu



  • By Taming Sari · Last edited about 8 months ago · Edit Doc · Delete
     
    Oleh RAMLI ABDUL KARIM
    ramli.karim@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 20 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengakui hakikat bahawa selama ini ia tidak menyuarakan isu-isu orang Melayu, kini berhasrat menerbitkan akhbar khusus untuk orang Melayu yang dinamakan Utusan Rakyat.

    Sumber-sumber Utusan Malaysia memberitahu, penerbitan akhbar Utusan Rakyat itu bertujuan menyaingi pengaruh akhbar Utusan Malaysia di kalangan orang Melayu.

    Difahamkan, ia mengambil inspirasi daripada Utusan Malaysia, iaitu akhbar arus perdana yang mereka sifatkan sebagai rasis tetapi mengakui keberkesanannya dalam memperjuangkan hak orang Melayu.

    "Salah satu sebab PKR hendak terbitkan Utusan Rakyat ialah parti itu mahu menangani kejatuhan sokongan orang Melayu kepada parti tersebut ketika ini.

    "Kejatuhan sokongan orang Melayu itu antara lain berpunca daripada kemelut dalaman PKR sendiri," katanya.

    Penerbitan Utusan Rakyat dicetuskan dalam satu forum tertutup bagi membincangkan bagaimana PKR dan pembangkang boleh meningkatkan sokongan orang Melayu di ibu pejabat PKR di sini baru-baru ini.

    Antara yang membentangkan kertas kerja pada forum itu ialah Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), Hata Wahari.

    Utusan Malaysia difahamkan, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir dalam sesi sama telah menyatakan komitmen parti itu untuk menerbitkan Utusan Rakyat.

    Difahamkan, penubuhan organisasi khusus untuk menerbitkan akhbar itu sudah pun dipersetujui oleh PKR.

    Malah, Nurul Izzah menamakan seseorang yang berada dalam sesi itu untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Utusan Rakyat.

    Forum itu itu juga diberitahu bahawa menerusi Utusan Rakyat nanti, pembangkang mahu membina persepsi di kalangan orang Melayu bahawa PKR dan pembangkang yang memperjuangkan nasib mereka.

    Cadangan PKR untuk menerbitkan Utusan Rakyat itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan satu kajian mengenai tahap sokongan rakyat kepada PKR, yang turut dibentangkan dalam forum itu.

    Menurut kajian itu, majoriti rakyat masih menjadikan media arus perdana sebagai sumber maklumat dengan kira-kira 40 peratus daripadanya membaca akhbar arus perdana.

    Selain itu, hampir 50 peratus rakyat mendapat maklumat daripada televisyen dan radio tempatan.

    Hanya kira-kira 20 peratus rakyat yang bergantung kepada akhbar-akhbar alternatif.

    Sementara itu, penerbitan Utusan Rakyat juga dipercayai ekoran hasil kajian sama yang mendapati 52 peratus rakyat terhakis keyakinan kepada PKR ekoran kemelut dalamannya, manakala hampir 50 peratus lagi hilang terus keyakinan kepada parti tersebut.


    • 2 people like this.
      • Taming Sari 
        dulu ladang rakyat...dah kantoi tipu rakyat...dulu bazar rakyat...dah kantoi seleweng wang rakyat...dulu pasar rakyat...dah kantoi guna duit haram....dulu saham rakyat...dah kantoi songlap duitnya...sekarang utusan rakyat pula...???ape cer...See more
        21 February at 10:25 ·  ·  2 people
      • Jay Spedo apa la yg ko heran ape pkr buat....pkr tu kan skung ni tinggal name je...hehehehe dah tinggal rangke je....hihiii
        21 February at 10:35 ·  ·  2 people
      • Wak Dol Hamil tipu menipu... mmg mainan politik... yg tak tipu orang alim yang beriman.. alim tak beriman pun tipu..
        21 February at 10:36 · 
      • Taming Sari yea2 jay spedo kembali....
        21 February at 10:37 · 
      • Taming Sari 
        Wak Hamil tipu menipu... mmg mainan politik... yg tak tipu orang alim yang beriman.. alim tak beriman pun tipu..>>>>>>>saya teringat kata2 ustaz saya pada tahun1991 bahawa'nafsi itu berada dimana-mana hakta sedang bersembanhyang'', ''berima...See more
        21 February at 10:39 · 
      • Taming Sari saya out dulu nak kerja....see you ll later..
        21 February at 10:39 · 
      • Aisya Humaira najib tu penipu x agak2..nk tahu jg pasal ni..
        21 February at 11:46 · 
      • Jebat Islam bukan najid, tp najis...
        21 February at 12:04 · 
      • Mohamad Yusof Abdul Aziz PKR HAPRAK.....RAMAI....HINDU KAT SINI.....MELAYU NAK SOKONG KE?
        21 February at 12:15 · 
      • Hasnan Hasan sokong
        21 February at 12:35 · 
      • Mohamad Yusof Abdul Aziz PUAK KAU AJA YANG SOKONG...BINA BERHALA PUN PUAK KAU JUGA....
        21 February at 12:36 · 
      • Mohamad Yusof Abdul Aziz BERHALA YANG TINGGI2 DAN BESAR2......
        21 February at 12:36 · 
      • Hasnan Hasan TAK........ TU DAP
        21 February at 12:36 · 
      • Mohamad Yusof Abdul Aziz KAT KELANTAN DAP?
        21 February at 12:37 · 
      • Lipan Terbang sudah2 la tu nk bela si nuar. satukan org Melayu lg bagus!!!
        21 February at 12:39 · 
      • Hasnan Hasan KAT KELANTAN TU ...ISLAM
        21 February at 12:39 · 
      • Battle Plan kekeke.. hh.. dan idea tara
        21 February at 12:45 · 
      • Hasnan Hasan LEPASKAN DULU FARDHU AIN KAU DULU
        21 February at 12:47 · 
      • Battle Plan dulu kutuk utusan. ikut juga nama utusan... pkr dah kojol tu
        21 February at 12:47 · 
      • Battle Plan kekeke... hh... erm skuad berani spin dari pas
        21 February at 12:47 · 
      • Hasnan Hasan AHLI PAS SELAGI HIDUP
        21 February at 12:49 · 
      • Battle Plan bagusla.. pas dah tiada talian hayat... talian hayat depa gunakan malaun mcm mu la HH
        21 February at 12:51 · 
      • Bahtiar Bin Mahidin tahniah
        21 February at 12:52 · 
      • Hasnan Hasan aku bukan malaun , ALU ORANG BERIMAN
        21 February at 12:55 · 
      • Battle Plan keke bagusla.. ngaku.. kalau org beriman sebetulnya tak mace mu HH.. cakap luar kawalan pikiran.. keke..
        21 February at 12:57 · 
      • Hasnan Hasan KAU ADA IMAN KE ?
        21 February at 12:57 · 
      • Pakatan Haram Yang Haram hahaha..lagi satu ajaran PAS Sesat siap boleh mengaku diri tu beriman...kalau beriman tak main FB ni....tak wat fitnah kat FB ni...tak mengata dan menghina org kat FB ni....mmg la puak PAS Sesat ni perasan hebat.....heheheheheheh
        21 February at 12:58 ·  ·  1 person
      • Hasnan Hasan APASAL , TAK CAYA ?
        21 February at 12:59 · 
      • Battle Plan aku mustila beriman kepada Allah.. kenapa... ingat gorgon pas je.. ai hebat dgt ke gorgon pas.. ek...
        21 February at 12:59 ·  ·  1 person
      • Battle Plan kamonla HH.. cakap guna iq la ek jgn sesekali guna luar kotak.. nanti senget..keke
        21 February at 13:00 ·  ·  1 person
      • Hasnan Hasan BAGI 1 CONTOH ... UMNO TU ISLAM !
        21 February at 13:07 · 
      • Hasnan Hasan ‎1 JE........................
        21 February at 13:09 · 
      • Syabab Pas Pj Selatan Apakah hukum mempercayai Rezeki itu dari Barisan Nasional? ataupun pemimpin umno yang manjadi ahli lembaga pengarah di kilang arak percaya rezeki itu dari carlsberg dan GUINNESS?
        21 February at 13:15 · 

No comments:

Post a Comment