Friday, 14 October 2011

PANAS !!!! - 12 Tahun Perjuangan Gobala Sia-Sia Bersama Anwar Dan PKR


  • Selepas 12 tahun berjuang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrisnan rasa dirinya dibuang begitu sahaja oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan kumpulan mereka yang kononnya berjuang memerdekaan negara ini dan rakyat.

    “Tetapi itu adalah hanya kata-kata indah daripada mereka kepada rakyat untuk meyakinkan rakyat dengan alasan bahawa mereka sebenarnya hanya mahu pergi ke Putrajaya sebab mereka sudah pun biasa merompak Negara.

    Kita semua tahu bahawa retorik Anwar itu hanya sekadar mahu menjadi Perdana Menteri dan beberapa rakannya itu seperti Azmin Ali, Shaifuddin dan beberapa orang lagi hanya mahu menjadi menteri-menteri kabinet sahaja, dan ini sedang berlaku di dalam Negara kita, pada satu masa di mana Anwar tidak berani menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan pada masa yang sama mahu melarikan diri dari kebenaran,” ujar N. Gobalakrisnan, yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

    Tambahnya, kalau Anwar mahu menjadi Perdana Menteri, beliau harus berani berhadapan dengan kebenaran kerana sesiapa sahaja yang mahu menjaga Negara ini, mestilah seorang yang berani menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan tetapi apa yang berlaku hari ini, Anwar Ibrahim tidak berani memberi setitik darah tetapi dalam masa yang sama, dia mahu menjadi Perdana Menteri.

    “Beliau tidak mahu membersihkan namanya sendiri tetapi dalam masa yang sama, beliau mengatakan bahawa beliaulah yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Setiap kali beliau membuat serangan-serangan terhadap kerajaan sedia ada, dengan beberapa rakan beliau yang pakar dalam internet dan IT, dan mereka menggunakan ini untuk menundukkan mereka-mereka yang bersuara lantang dan menentang mereka dan kepada mereka-mereka yang membuat kebaikan kepada Negara ini.

    Pernah Diminta Keluar PKR Dan Masuk BN

    “Kita semua tahu sejak kebelakangan ini, saya menjadi sasaran mereka selepas saya berkompromi dengan Datuk Zaid Ibrahim dan saya menyokong Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Datuk Zaid menenttang Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub.”

    Tambahnya, ketiga-tiga orang ini mempunyai watak tersendiri di antara mereka. Apabila Datuk Zaid bertanding, Gobala menjadi penyokong Zaid dan menjadi sasaran kumpulan Anwar di mana Anwar sendiri sebagai Ketua Umum, hanya menyokong Azmin Ali untuk bertanding jawatan tersebut.

    “Apakah sebabnya Anwar mahu menyokong Azmin Ali sahaja. Ini semua berlaku dan sebab itu saya terkeluar dan dikeluarkan dari parti. Sebelum saya keluar ini, saya sudah tiga kali dicabar Anwar apabila saya membawa masalah-masalah yang seharus saya bersihkan dalam parti, saya berbincang dengan beliau dan beliau mengatakan kalau awak tidak senang hati, awak boleh keluar dan masuk Barisan Nasional.

    Saya ini yang sudah 12 tahun bersama-sama beliau, bukan sekali dikatakan begitu, tetapi tiga kali. Saya ini bukanlah seorang fanatik, saya lahir sebagai seorang hindu dan seorang India, dan menjadi tanggungjawab saya menjaga rakyat Malaysia malah bertanggungjawab juga pada orang-orang India juga,” tambahnya.

    Gobala pernah bertanyakan tentang masalah Kuil Tokong Sivad di Bukit Gasing, Datuk Seri Anwar mengatakan bahawa tokong itu tidak selamat kerana bukit itu tidak selamat. Kalaulah benar bukit itu tidak selamat, kenapa 100 lebih rumah di situ tidak dikosongkan dan 100 buah rumah lagi di pinggir bukit tersebut masih didiami tetapi hakikatnya Anwar hanya mahu menutup tokong tersebut, hanya mencari alasan-alasan demi menutupnya.

    “Anwar pandai melaung-laungkan tentang perbagai kaum, menyokong semua orang, menyatu-padukan satu keluarga besar sebagai Melayu-Cina-India tetapi dalam dirinya beliau menentang mereka-mereka yang bukan Melayu dan beliau menggunakan cara-cara yang paling tersembunyi untuk menunduk mereka-mereka yang menentang beliau dari dalam parti.”

    Guna Sumber Selangor Untuk Kayakan Anwar Dan Kroni

    Ujarnya lagi, selain masalah kuil tersebut, pergeseran antaranya dengan Datuk Seri Anwar juga berkaitan dengan hal-hal pentadbiran kerajaan negeri Kedah apabila Gobala berbincang dengan Anwar, sekali lagi Anwar marah pada Gobala sebagaimana bila mereka berbincang tentang pentadbiran kerajaan Selangor.

    Gobala turut mendakwa Anwar menggunakan segala sumber ekonomi di dalam kerajaan negeri Selangor, kebanyakannya untuk kepentingan diri dan politik Anwar sahaja. Mereka mewujudkan PIKOM dan beberapa orang sahaja yang mendapat faedah daripada PIKOM.

    Beliau menggunakan kerajaan negeri Selangor untuk memberikan RM15 juta kepada PIKOM dan rakan-rakan beliau apabila datang ke Kuala Lumpur membuat claim (tuntutan) kepada PIKOM. Apabila RM15juta habis, lagi RM15juta akan ditambah dan inilah caranya mereka menipu rakyat,” dakwa Gobala.

    Mereka katakan perjuangan mereka adalah perjuangan rakyat, memperjuat, membangun dan memperkayakan rakyat tetapi sebaliknya, mereka memperkuatkan diri dan politik mereka, sanggup buat apa sahaja.

    Jika Muammar Gaddafi di Libya mengulingkan kerajaan Libya yang terdahulu sebelumnya dengan kekerasan tentera seterusnya menjadi Presiden Libya selama 30 tahun, malah mengunakan helicopter gunship untuk menembak rakyat beliau yang menentangnya dan mendesak beliau berundur sebagai Presiden, begitu juga dengan Anwar.

    “Ini Datuk Seri Anwar yang sudah 12 tahun bersusah payah, hari-hari siang dan malam, malah mimpipun menjadi Perdana Menteri, orang yang macam ini yang kena pukul, dipenjara dan ditahan di bawah ISA menjadi Perdana Menteri, akan jadi sepuluh kali lebih jahat dari Muammar Gadaffi sendiri,” ujarnya sinis.

    Pernah ‘Bercuti’ Dari PKR

    Gobala pernah tinggalkan PKR pada tahun 2004 untuk bersama keluarganya mengusahakan kebun sayur di bukit Lojing. Namun, pada tahun 2006, Anwar Berjaya memujuknya semula untuk kembali memperkuatkan dan memperjuangkan nasib orang-orang India dalam PKR.

    “Saya kembali pada tahun 2006 selepas Anwar menjanjikan bahawa rakan-rakan beliau yang merupakan bekas ahli-ahli UMNO itu tidak akan mengganggu pluralism yang ada dalam PKR. Tetapi itu tidak berlaku. Rakan-rakan beliau, Azmin Ali, Shaifuddin dan Johari Abdul, mereka tamak kuasa dan memperkecil-kecilkan rakan-rakan lain.

    Kali kedua saya keluar pada tahun ini. Bila saya keluar dari PKR, ianya merupakan satu masa yang cukup pahit untuk saya, tetapi apa nak buat. Seorang yang mengkhianati perjuangan rakyat, bukan sahaja mengkhianati rakyat tetapi juga pada saya yang memberikan kepercayaan 100% kepada beliau.

    Kalau saya sendiri, sama seperti Anuar Tahir, Ezam Mohd Noor dan ramai lagi, seperti Datuk Zaid Ibrahim, kami semua bukan sahaja diperbodohkan malah diperkecilkan dan dihina oleh Anwar dan rakan-rakannya. Saya harap rakyat jangan tertipu dengan mereka, marilah kita semua bersatu, apa sahaja kerajaan yang ada, marilah kita semua bermuafakat dan mendapatkan yang terbaik untuk rakyat.

    Penipuan 16 September

    Gobala turut mendakwa, dalam peristiwa 16 September, dia juga merupakan salah seorang pemimpin PKR yang diminta oleh Anwar Ibrahim untuk berunding dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional untuk melompat dan membentuk kerajaan baru bersama Pakatan Pembangkang.

    “Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada seorang Ahli Parlimen BN yang belum sampai umur 40 tahun. Inilah cara Anwar berpolitik, sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.

    Negara ini akan merasakan hangat Anwar selepas Anwar menjadi Perdana Menteri. Jadi, jangan kita tertipu atau jangan kita leka, marilah kita buat yang terbaik kepada Negara ini dengan bersatu menentang mereka yang menggunakan cara yang paling salah mengambil alih satu kerajaan,” ujarnya mengakhiri temubual ekslusif bersama UMNO-Online di ruang rehat Ahli-Ahli Parlimen baru-baru ini....... APAKAH ANUAR SEORANG PEMIMPIN YG DIPERLUKAN  DAN BAKAL KITA JADIKAN SEORANG PM. ?

      • Jamil Kamal Abah PACIK TINGGALKAN L.TOP DALAM KEADAAN ON.KERANA TERGESA GESA UNTUK SOLAT JUMAAT,ANAK PACIK BERUMOR BELASAN TAHUN TELAH MENGANTAR AKTIKAL INI,PABILA PACIK TANYA KENAPA IA BERBUAT DEMIKIAN ,SELAMA DIA MENJAWAP SAYA DAN KAWAN KAWAN SAYA DAH FEDUP DGN PUTERBELIT ANUAR...... PACIK HANYA MAMPU TERSENYUM MENDENGAR JAWAPAN NYA.
        18 March at 15:32 · 
      • Suhaimi Sanusi HEEE...ANAK PAKCIK LAKI KE PEREMPUAN...BERAPA TAHUN YE..
        18 March at 15:38 · 
      • Sukiman Bin Tebu biasala bapak borek anak mesti rintek..
        18 March at 16:57 · 
      • Fajarsabila Yusufkelana pandai.....hahaha...
        18 March at 17:00 · 
      • Jay Spedo petuan untuk mengetahui bile anwar bercakap bohong...bile die mula buka mulut...hehehe
        18 March at 17:07 · 
      • Jamil Kamal Abah remaja remaja sekarang pun tahu anuar seorang puterbelit.
        18 March at 18:46 ·  ·  1 person
      • Jamil Kamal Abah pacik selalu menasihati anak pacik belajar rajin rajin .dah kerja dan tahu menilaikan yg mana baik yg tak baik .barulah beliau bolih memceburi politik .tapi jangan lupa membayar ptptn krn itu adalah wang kerajaan. tiada kira kerajaan mana yg memerintah.
        18 March at 18:49 · 

No comments:

Post a Comment