Written by Sahabat-Gunung
Pergerakan Pemuda UMNO Selangor percaya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sedang giat menyusun strategi dalam usaha memastikan ”telor-telor”nya benar-benar menetas dalam kepimpinan Pas menjelang Muktamar Agung parti itu Jun depan.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa berkata, sejarah dalam UMNO membuktikan bagaimana Anwar menggunakan pelbagai strategi termasuk `anai-anai’nya dalam usaha menguasai parti.
”Tidak mustahil benda ini berlaku dalam kepimpinan Pas kerana Anwar mahu menggunakan Pas sebagai talian hayat beliau yang kini terpalit dengan pelbagai skandal dan imej yang cukup tercemar. Kami amat gusar melihat senario politik parti itu yang kini telah diresapi oleh "mazhab Anwar Ibrahim". Golongan inilah begitu beriya-iya untuk menolak kepimpinan ulama dalam Pas dan mahu meletakkan golongan profesional sebagai peneraju kepimpinan Pas.
Golongan ini berjaya meresap masuk ke dalam Pas setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Golongan ini juga turut meresap masuk ke dalam UMNO ketika Anwar mengisytihar masuk dalam UMNO. Ketika itu, ramailah golongan ini menyertai UMNO dengan penuh harapan untuk "mengAnwarkan UMNO" sekali gus menabalkan Anwar sebagai presiden parti dan Perdana Menteri,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ampang.
Dalam masa yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang yang mewakili golongan Ulama kerana berjaya mempertahankan jawatannya, namun dalam masa yang sama berharap agar Hadi akan membawa Pas kembali kepada perjuangan asalnya iaitu mengajak ahli Pas bermuhasabah diri untuk menegakkan perjuangan agama, bangsa dan negara, dan bukan kepada perjuangan yang tersasar sekarang, iaitu "menegakkan perjuangan Anwar Ibrahim yang mengidam jadi Perdana Menteri".
Tambahnya, pepatah Melayu ada berkata, sesat di tengah jalan, kembali ke pangkal jalan. Begitu juga dengan Pas, mereka harus kembali mengutamakan agama, bangsa dan negara berbanding berjuang untuk melepaskan Anwar dari sebarang pertuduhan yang dialami ketua pembangkang tersebut.
Oleh itu, kita tidak hairan ketika Anwar dikeluarkan dari UMNO dan BN, golongan ini beralih arah kepada Pas walaupun ketika itu, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail dengan beberapa orang kuat Anwar menubuhkan Parti Keadilan Nasional (ADIL). Mereka tidak menyertai ADIL, walaupun pada prinsipnya mereka yang terkenal sebagai "pendukung perjuangan Anwar" harus menyertai ADIL untuk mengukuh ADIL pada ketika itu.
“Sebaliknya, mereka menyertai Pas tetapi Pas tidak sedar akan bahaya golongan ini yang meresapi masuk ke dalam parti ini sebaliknya bangga dengan kemasukan golongan professional ini mampu menguatkan Pas.
Dalam hal ini, Anwar bijak mengatur strategi dengan menyerap atau menyeludup masukkan "orang-orangnya" ke dalam Pas dengan harapan satu ketika nanti Pas akan turut menjadi "lidah Anwar", maka amat mudahlah Anwar merealisasikan matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia,” ujarnya.
Golongan "bermazhab Anwar Ibrahim" inilah yang bertanggungjawab menyimpang matlamat dan hala tuju perjuangan Pas yang selama ini mahu menegakkan sebuah negara Islam yang berperlembagaan Islam serta melaksanakan hukum hudud.
Oleh kerana telah dikuasai oleh puak "bermazhab Abnwar Ibrahim" sejak pilihan raya 2004, Pas tidak lagi memasukkan matlamat utamanya untuk menegak sebuah negara Islam yang berperlembagaan Islam dan melaksanakan hukum hudud dalam manifesto parti berkenaan. Malah slogan pilihan raya Pas juga langsung tidak menyentuh penubuhan negara Islam.
“Sehubungan dengan itu, sempena muktamar Pas kali ini, Pemuda UMNO Selangor berharap agar seluruh kepimpinan Pas dan ahli perwakilan Pas yang sayangkan perjuangan Pas, harus bermuhasabah diri dengan mengambil pendirian dan pendekatan untuk menolak kumpulan "bermazhab Anwar Ibrahim" dalam pemilihan teraju kepimpinan Pas.
Saya amat yakin akan menjadi lebih selamat sekiranya muktamar kali ini berjaya menyingkirkan kumpulan "bermazhab Anwar Ibrahim" dengan membersihkan parti itu daripda pengaruh Anwar Ibrahim. Sekiranya perwakilan muktamar gagal menyingkir dan membersihakn kumpulan "bermazhab Anwar Ibrahim" daripada parti berkenaan, sudah pasti parti ini akan rosak binasa. Pas akan terus menjadi batu loncatan dan medan untuk merealisasikan cita-cita dan hala tuju perjuangan Anwar Ibrahim,” tambahnya lagi.

· · Report · 01 June at 14:08
- Iyat Mohd Anwar memang hebat memporak porandakn kesatuan... Niatnya cuma 1, mjadi PM..01 June at 21:10 ·
- Jay Spedo anwar kan hebat....tapi die lupa kehebatan Allah...cian..01 June at 21:14 · · 1 personLoading...
- Dari Perantauan UMNO LAGI HEBAT... LANUN YG HEBAT KAT PERAK, PEROMPAK HARTA RAKYAT SELURUH MALAYSIA, HEBAT DLM HAL2 RASUAH, HEBAT DLM HAL2 PUTAR BELIT, ULAR SAWA PUN SURRENDER...01 June at 21:17 ·
- Tok Mudin KAH KAH KAH KAH KAH..... TELOR MASIN..... KAH KAH KAH KAH.... MOH JADI ALLIEN TU... KAH KAH KAH KAH01 June at 21:17 · · 1 personLoading...
- Iyat Mohd Bro DP.. Ceta d atas bukan fitnah.. Itu la watak DSAI sbenar.. nak naik cepat, die main cantas jer, x kira kawan, apath lg lawan.. Dia gunakn klebihannya bpidato utk mencri, memancing dan menawan kawan.. x mustahil kalau dsai jg sanggup tabur wang utk naik..01 June at 21:22 ·
- Tok Mudin KAH KAH KAH KAH KAH KAH...... TELOR TEMBELANG???? KAH KAH KAH...WAT BALING ANJING NGAN BABI DAP...SURUH MAIN JAUH JAUH OK GAK TU... KAH KAH KAH KAH KAH01 June at 21:25 ·
- Iyat Mohd Tgk la, sedikit masa lgi, PAS akan mjadi 'hak mutlak' dsai.. dan ble ia blaku, perlembagaan PAS akn di ubahsuai mgikut selara dsai.. dlu, pas d terajui oleh golongan ulamak, skrng lebih banyk profesional dlm pas.. jan2, pemimpin yg x lulus bace al-fatihah pun ade d kalngn pemimpin pas hri ini.. yg banyk, pakar mcongak laba dpd strategi 'hebat' mereka hehehe..01 June at 21:28 ·
- Tok Mudin KAH KAH KAH KAH... SIKIT LAGI AL HADI NGAN AL N AJIS PUN NUAR SAPU KAH KAH KAH KAH KAH KAH... TAK HARAM...... PASAL SEDAP KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH01 June at 21:30 ·
- Iyat Mohd So, kpd geng2 dri PAS..joinlh UMNO yg x penah lari dri prinsip pjuangan asal..Memartabatkn melayu dan bumiputera lain.. Jan tiru PAS yg sentiasa berubah arah angin.. dsai akan mjdikn PAS lbh dahsyat dpd PAP singapura tu hah.. korg nak ke???!!!!!..01 June at 21:35 ·
- Yus Batrisha UMNO tolak ISLAM cam na nak ikut perlembagaan parti pom KAFIR Union yg buat khakhakhakhakhak01 June at 21:38 ·
- Yus Batrisha cuba dulu baru tau kalau UMNO terang2 dah tolak perlembagaan ISLAM kahkahkahka01 June at 21:45 ·
- Tok Mudin KAH KAH KAH KAH... PAS DAH LAMA TOLAK ISLAM.... TAK KECOH PUN KAH KAH KAH...01 June at 21:45 ·
- Tok MudinSatu soalan mesti dijawab mengenai perlembagaan tubuh PAS sendiri. Jikalau benarlah hukum menggunakan perlembagaan penjajah boleh meniadi kafir, mengapakah PAS juga melelakkan OTORITI Perlembagaan Malaysia begitu tinggi sehingga menjadi kun...ci perlembagaan tubuh PAS sendiri iaitu fasal (6) USAHA-USAHA: Lihat pada ceraian (1 1) yang berbunyi:-
"Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar" (LAMPIRAN S).
Dengan peruntukan Fasal 6(11) perlembagaan tubuh PAS ini nyatalah bahawa segala slogan Islam, al-Quran dan negara Islam yang PAS laungkan selama ini hanyalah iklan pura-pura sahaja, kerana sebutlah apa-apa sekali pun hanyalah boleh dibuat apabila dibenarkan oleh perlembagaan negara. Apakah pimpinan PAS terlupa batas perlembagaan negara ketika hendak melaungkan slogan dan janji? Ini bermakna PAS menipu orang yang tidak tahu, waliyazu billahSee more01 June at 21:48 · · 1 personLoading...
No comments:
Post a Comment