Friday, 14 October 2011

BAHAYA FITNAH!!!



    • Saya terbaca tazkirah ini pada laman web Belia Islam, dan merasakan ia cukup relevan;
      "Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan."

      Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

      Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

      Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

      Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
      Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

      Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

      Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
      Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

      Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
      Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.


      • 2 people like this.

        • Lazin Rahman “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” Ali-Imran 133.
          24 March at 17:26 ·  ·  1 person

        • Lazin Rahman Rasullullah bersabda:

          الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ وَجَنَّةُ الْكَافِرِ رواه مسلم

          Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan surga bagi orang kafir [HR Muslim ...

          25 March at 09:30 ·  ·  1 person

        • Raja Dilautan umno lah yg suka fitnah..
          25 March at 09:54 · 

        • Lazin Rahman Jangan FITNAH...
          25 March at 10:55 · 

        • Mohd Haizal Yatiran phui umno!!!!! hakthui!!!! phui!!! hakkkkkkkkkthuiiiii!!!!! phui umno!!! PHUI SHARP SHOOTER!!!! HAK THUI!!!
          25 March at 11:03 · 

        • Reshid Abdullah liwat annuar tu bkn fitnah
          25 March at 11:05 · 

        • Mohd Haizal Yatiran phui umno!!!!! hakthui!!!! phui!!! hakkkkkkkkkthuiiiii!!!!! phui umno!!! PHUI SHARP SHOOTER!!!! HAK THUI!!! PHUI RESHID BEBAL!!!! pui!! pui!!!
          25 March at 11:06 · 

        • Reshid Abdullah klu ikut hukum islam dah lama mathadir kene sebat di padg mardeka..sbb x ada sakti 4 org,fitnah 2,najib ngn rosamah plk kene sebak.tapi kita bukn negara islam..hanya pada nama.
          25 March at 11:06 · 

        • Mohd Haizal Yatiran phui umno!!!!! hakthui!!!! phui!!! hakkkkkkkkkthuiiiii!!!!! phui umno!!! PHUI SHARP SHOOTER!!!! HAK THUI!!! !!!! pui!! pui!!!
          25 March at 11:09 · 

        • Lazin Rahman 
          “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firmanNya): "Bukankah aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".” Al-A’raf 172..

          25 March at 11:15 ·  ·  1 person

        • Lazin Rahman Marilah kiTa pakat2 bacakan Yasin untuk SHARP SHOOTER@ OSTAD RAHIM bersempena dgn JIWA nya yang sedang NAZAK.
          26 March at 18:59 · 

        • Semut Merah lazin rahman: ko cakap pun mencarut pas tu ko nak ajak orang suh baca yasinn apa kejadah ko nie biol ke pa... kejap nak jadi baik kejap nak jadi jahat apa ko ni mcm tak de pendirian la gentle laa beb nak jadi bqaik buat baik btul2 nak jadi jahat jd jahat betul2
          26 March at 19:58 ·  ·  1 person

        • Mawardi Hasan Apakah mereka ini, tidak mendapat pengajaran dari apa yang terjadi kepada sejarah kejatuhan empayar2 dunia dahulu kala, dan paling hampir dengan kita iaitu Kesultanan Melayu Melaka serta sejarah Mahsuri iaitu akibat FITNAH?
          27 March at 07:02 · 

        • Normah Yahya setiap orang yg suka berludah sebenar nya dia mempunyai penyakit
          27 March at 08:14 · 

        • Normah Yahya penyakit hati yg mengikut perasaan dan ikutan dari org lain pada hal dia sendiri tak boleh berfikir sendiri dia hanya tahu meludah
          27 March at 08:16 ·  ·  1 person

        • Gregory Iman KAMI BENCI PAS
          27 March at 08:36 · 

        • Gregory Iman KAMI SAYANG UMNO
          27 March at 08:36 · 

        • Gregory Iman UMNO CINTA RAKYAT 1MALAYSIA
          27 March at 08:36 · 

        • Umngok Apco CUKUP2 LAH NENEK MOYANG KITA DAHULU DIPERHAMBAKAN OLEH BRITISH... SKRG INI KITA SELAKU MANUSIA YG BERMARUAH DAN BERPENDIDIKAN JANGANLAH KITA TERUS-TERUSAN MENJADI HAMBA KEPADA PEWARIS KETUANAN BTIRIH DAN YAHUDI TERSEBUT
          27 March at 08:36 · 

        • Jay Spedo macam unta....
          27 March at 08:40 · 

        • Lazin Rahman ‎"Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. ..
          27 March at 13:04 · 

        • Lazin Rahman 
          “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” Al-A’raf 179...

          29 March at 09:00 · 

        • Lazin Rahman Marilah kiTa pakat2 bacakan Yasin untuk SHARP SHOOTER@ OSTAD RAHIM bersempena dgn JIWA nya yang sedang NAZAK...
          29 March at 19:06 · 

        • Lazin Rahman Ya Allah..Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...
          30 March at 11:41 · 

No comments:

Post a Comment