Abd. Manaf Ahmad
Seorang Ulamak dan penulis terkenal dari Mesir Sheikh Mustafa Lutfi al Manfaluti, telah menerima sepucuk surat daripada peminatnya yang menegur beliau kerana tidak pernah menulis mengenai isu-isu politik, malah lebih banyak tertumpu kepada tulisan dan ceramah mengnenai isu-isu moral dan masyarakat. Mengapa mata pena anda tidak mahu menggariskan isu-isu politik. Kami menunggu buah fikiran anda mengenai politik. Kami ingin melihat tuan Sheikh sebagai seorang ahli politik.
Dalam jawapannya, Tuan Sheikh itu menulis “Allah mengetahui bahawa saya tidak suka terlibat dalam kegiatan politik kerana politik itu dicemari dengan pembohongan, hasad dengki, penyelewengan, khianat dan fitnah”.
“Saya tidak suka menjadi tukang tarik tali gantung , malah tidak ada apa-apa bedanya antara orang politik dengan tukang tarik tali gantung. Bukankah kerja mereka untuk membunuh orang?. Apakah bezanya dengan ahli politik yang membunuh seluruh umat melalui fitnahnya?”
“Bukankah ahli politik yang terdapat dalam kalangan Umat Islam hari ini, sangat keras hati dan sanggup melakukan tipu helah sehingga mereka terlupa segala rahmat dan nekmat yang Allah curahkan kepada mereka. Bukankah orang politik itu mendapat kedudukan yang tinggi. Namun sejarah hidup politiknya penuh dengan titik-titik hitam”.
“Bolehkah menjadi seorang politik, jika tidak berdusta dalam perkataan dan perbuatannya, sepanjang kariar politiknya? Bolehkah ia melahirkan apa yang sebenarnya ada dalam sanubarinya. Mampukah ia tersenyum di kala berhadapan dengan seorang yang menangis kerana kecelakaan? Atau mampukah ia menangis di kala berhadapan dengan seorang yang sedang ketawa?”
Menjadi lumrah alam, seseorang yang sudah melakukan rasuah atau mencuri, apabila samapai ke surau atau masjid, mereka menadah tangan kelangit, memohon agar Allah memberi kepada mereka rezki yang halal dan menjauhi makanan yang haram.
Orang politik itu cepat melenting apabila ditanya oleh wartawan mengenai perkara-perkara yang menjadi punca kemarahan kepadanya. Dia lupa kepada ceramahnya di masjid tadi yang melarang supaya umat Islam jangan cepat marah atau membuat fitnah atau menghina orang lain. Apabila ditanya mengenai isu-isu sensitif dia naik berang dan lisan yang tidak bertulang itu akan memuntahkan perkatan-perkatan yang sepatutnya tidak keluar daripada seorang yang bergelar ulamak.
Pada suatu hari seorang ulamak yang baru balik dari Mesir, sangat petah bercakap dan hujahnya membawa keyakinan. Peminatnya sangat banyak di sekitar lembah Klang yang terdiri daripada pelbagai fahaman politik. Bilangan itu semakin bertambah dari satu masa ke satu masa.
Pada suatu hari seorang orang tua yang menjadi peminat setianya membisik ke teling tuan guru agar beliau jangan menyertai mana-mana parti politk kerana bimbang akan hilang taringnya pada suatu hari nanti, malah akan hilang seorang pendakwah yang sangat diperlukan oleh umat Islam.
Memang benar, apabila Tuan Guru itu menyertai sebuah parti politik, beliau telah kehilangan muridnya kerana yang hadir boleh dibilang dengan jari. Bukankah itu satu kerugian. Mereka menungu-nunggu agar Tuan Guru itu meninggalkan politk dan meyertai gerakan pembebasan fasad yang memerlukan kepada penceramah motivasi seperti beliau untuk meletakkan Islam selaras dengan zaman sains dan teknologi masa kini.
(Datuk Abd. Manaf Ahmad adalah Pengerusi Manaf Research Centre)
No comments:
Post a Comment