Friday, 14 October 2011

Bukti kejayaan dasar negara


  • TAHNIAH Malaysia. Teruskan kecemerlangan dan kemakmuran yang dinikmati hari ini. Berada di kedudukan ke-37 dalam senarai Negara Terbaik Dunia dan ketiga di rantau Asia membuktikan bahawa barisan kepimpinan tertinggi kerajaan sekarang bijak membuat percaturan dalam segala aspek yang diperlukan oleh sebuah negara yang pantas menuju ke status negara maju. Dengan lain perkataan, kemampuan kerajaan mentadbir negara diiktiraf oleh penduduk dunia.

    Hasil kaji selidik majalah Newsweek edisi antarabangsa keluaran 23 hingga 30 Ogos, menunjukkan negara kita menjadi pilihan kerana mampu menyediakan tempat untuk hidup lebih selesa dan sihat, selamat, sejahtera dan maju.
    Dalam kaji selidik yang diadakan itu, sebanyak 100 negara terlibat dengan kedudukan tiga teratas yang menjadi pilihan ramai adalah Finland, Switzerland dan Sweden.

    Di rantau Asia Tenggara, Malaysia berjaya mengatasi Thailand (ke-58), Filipina (ke-63) dan Indonesia (ke-73). Manakala di peringkat negara-negara Asia pula, Malaysia mengatasi China (ke-59), Sri Lanka (ke-66) dan India (ke-78).

    Majalah Newsweek memilih pencapaian itu berdasarkan lima kategori iaitu pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi dan persekitaran politik yang menjurus kepada kesejahteraan negara.

    Dalam kategori pendidikan, Malaysia berada di tempat ke-36 dengan markah 86.43 peratus (%); kesihatan (#52, 71.02%), kualiti kehidupan (#48, 69.28%), daya saing ekonomi (#14, 61.93%) dan persekitaran politik (#54, 59.80%). Keseluruhan kedudukan adalah di tempat ke-37 dengan markah 69.69%.

    Tentunya setiap rakyat Malaysia berbangga dan ia boleh dijadikan hadiah hari jadi kepada negara yang bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-53 pada 31 Ogos ini.

    Memang diakui cabaran yang dihadapi bukan calang-calang hebatnya terutama apabila negara terpaksa mengharung dua krisis kewangan global pada 1997 dan 2008. Negara berjaya mengharunginya tanpa perlu bergantung kepada pinjaman Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

    Ia sekali gus membuktikan pakej-pakej rancangan ekonomi yang dilaksanakan termasuk pakej rangsangan bernilai RM67 bilion telah memberi kesan positif terhadap ekonomi Malaysia, selain dapat merangsang sentimen dan keyakinan perniagaan.

    Berikutan pertumbuhan ekonomi yang baik, maka kualiti hidup dan jangka hayat penduduk turut meningkat sejajar dengan kemajuan sektor kesihatan yang sedang menuju ke taraf dunia. Tidak hairanlah, Malaysia kini menjadi tumpuan warga asing yang datang ke sini bagi mendapatkan rawatan berkualiti pada kos yang lebih murah.

    Begitu juga dalam aspek politik yang mungkin ada orang melihat suasana politik di Malaysia agak ‘kucar-kacir’ akibat tindakan melampau dan fitnah parti pembangkang. Kesemua itu tidak menjadi kudis untuk diubati kerana walau apa pun yang berlaku, rakyat negara ini masih dapat hidup dalam suasana selesa dan harmoni.

    Justeru, menjadi tanggungjawab setiap rakyat untuk mengekalkan kesejahteraan dan keselamatan yang dinikmati sekarang. Hakikatnya, pencapaian hari ini bukan datang bergolek hasil usaha semalam, sebaliknya hasil kerja keras barisan pemimpin sekarang yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Pendekatan berani yang diambil oleh Najib termasuk mencadangkan Model Baru Ekonomi (MBE), pengenalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Pelan Transformasi Ekonomi dijangka dapat meletakkan Malaysia pada kedudukan ekonomi yang lebih baik pada masa depan. Ia juga membuktikan bahawa dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan dalam pembangunan negara diiktiraf dunia.

    Malah, dasar-dasar itu jugalah yang membawa kepada kemajuan dalam sektor pendidikan sehingga Malaysia kini menjadi tumpuan pelajar asing. Walaupun setiap kali Menteri Pelajaran bertukar dan dasar pendidikan turut berubah, namun ia tidak lari daripada matlamat melahirkan generasi berilmu, berinovasi dan berdaya saing.

    Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan dunia telah membuahkan hasil apabila kategori pendidikan dalam kaji selidik tersebut memperoleh 86.43 peratus.
    Anda mungkin juga meminati:

      • Ibrahim Dion PEMBANGKANG TOLONG KOMEN....
        01 April at 02:24 · 
      • Penasihat Pencen pembangkang sila lah komen orang dh jemput lu komen tu...,nnt kata orang2 UMNO sombong..kkeeekek...
        01 April at 02:28 ·  ·  1 person
      • Syed Ali Alzizou EN IBRAHIM NI ADA KENA MENGENA DGN CELINE DION KER???MUAHAHAHAHAHA
        01 April at 02:32 · 
      • Ymtuan Tuan Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi...
        01 April at 02:35 ·  ·  1 person
      • Romeo Kota masalahnya bos kau tu yg buat maksiat...eh kau perli bos kau lg ke YT...tak baik bro..kesian dia tu.pi la tlg cari jam dia tu...kuikuikui
        01 April at 02:37 ·  ·  1 person
      • Syed Ali Alzizou boss dia maksum..eh silap..mat som..muahahaha
        01 April at 02:42 ·  ·  1 person
      • Ymtuan Tuan SAA...tahniah umngok berjaya menipu melayu sarawak!!!...
        01 April at 02:49 ·  ·  1 person
      • Romeo Kota YT- aku rasa yg byk menipu ni kau kenal..aku bg contoh je ... ingat 16sept...?..hehehehehehehe
        01 April at 02:51 ·  ·  1 person
      • Penasihat Pencen heheheh 16 september tu..tarikh apa brada..siapa yang declare yang jadi..apa...gua lupa lah brada....boleh bagi tips tak.....
        01 April at 02:53 ·  ·  1 person
      • Syed Ali Alzizou ‎16sept 2011,insyaallah nuar akan jadi PM...di sungai buluh..muahahahaha
        01 April at 02:55 ·  ·  1 person
      • Ibrahim Dion hurm bukti kan la penipuan dr segi mn 2 ekonomi malaysia jelas n ketara da mningkat naik so please give a sample to used....
        01 April at 02:55 · 
      • Romeo Kota hehehehehe hari pecah temberang sedunia...heheheheh YT tau terperinci..kikikiki
        01 April at 02:55 · 
      • Ibrahim Dion berangan la pak nuar kita nak jd PM hehehe...!@#$%^&*()(*&%$#@@#%^&*()(*&^%$#@#$%^&*()
        01 April at 02:56 ·  ·  2 people
      • Syed Ali Alzizou klu nuar jadi pm..habislah erry putra..muahahahahaha
        01 April at 02:57 ·  ·  1 person
      • Penasihat Pencen tadi gua ada terbaca..sorang Umat PAS nak panjat pokok pasang bendelaaa PAS,gua cakap hati2 takut jatuh pegang bendelaaa,,rupanya ada lagi stau mat jenin tertinggallll......
        01 April at 02:57 · 
      • Ibrahim Dion hahahaha.....
        01 April at 02:57 · 
      • Syed Ali Alzizou benera pas tu layak buat kesat kaki syed jer...
        01 April at 02:59 ·  ·  1 person
      • Ibrahim Dion hehehehe...
        01 April at 02:59 · 
      • Ymtuan Tuan kalau jatuh mati beriman!!!...ha hak!!!
        01 April at 02:59 ·  ·  1 person
      • Penasihat Pencen YT-mana lu tahu lu mati dalam beriman..kot masa jatuh lu sebut nama DAP..mcm mana?
        01 April at 03:01 ·  ·  1 person
      • Ymtuan Tuan pasai masa nak panjat dah pasang niat!!!...basmallah!!!
        01 April at 03:03 ·  ·  1 person
      • Ymtuan Tuan bendera tu parti islam...bukan parti sekular!!!...
        01 April at 03:03 ·  ·  1 person
      • Penasihat Pencen hehehee..yeke YT..ke niat nak menang.PRU..kekekek
        01 April at 03:03 · 
      • Hamba Ilahi PEMBANGKANG DAH JADI "KASSIM SELAMAT"......TERLEPAS PANDANG BAHKAN LANGSUNG TAK NAMPAK.....BUTA....!!!!
        01 April at 03:04 ·  ·  3 people
      • Romeo Kota YT..apa2 pun saya minta maaf kalau terkasar bahasa..dan saya tdk menyimpan apa2 kemarahan pd awak... kita hanya berjuang dlm ideologi yg berbeza sj..yg pnting... kita tetap kwn2...selamat mlm shbt!
        01 April at 03:04 ·  ·  2 people
      • Jom Lawan Umno dn copy paste yg d buat oleh melayu bodoh d atas adalh hasil nukilan dri ahli politik umno utk d pertotonkn pada melayu bodoh bahawasa pmrintahan umno amat cemerlang...tapi sebaliknya
        03 April at 04:42 · 
      • Jom Lawan Umno 
        nilai mata wang malaysia jatuh teramat teruk dlm sejarah pada 1997 hingga merasai ke hari ini...madey mula mncari langkah mnyeru rakyat dgn mmbuat inflasi sifar...tahukah anda berapa sen naik stlah inflasi d buat??? 25sen dn mereka mmbesar ...See more
        03 April at 04:43 · 
      • Jom Lawan Umno siapakah yg merncang utk mmbuat inflasi sifar....tanya setopa mamat
        03 April at 04:44 ·  ·  1 person
      • Ymtuan Tuan minyak naik 20 sen...kebah kerajaan tok jib 3 bulan!!!
        03 April at 04:45 ·  ·  1 person

No comments:

Post a Comment