Monday, 24 October 2011

Siapa AMBIGA SREENEVASAN, ketua demonstrasi BERSIH 2.0?


  • Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2 yang dijadualkan pakatan pembangkang pada 9 Julai 2011 adalah pendokong utama fahaman pluralisme di Malaysia. Ambiga turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme. Ambiga jadi ketua BERSIH 2 namun yang buat demonstrasi di jalan-jalan adalah ahli-ahli PAS. Siapa perkudakan siapa ini?

    Ambiga menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah *(1).

    Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy *(2). Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

    Ambiga yang merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC *(3) yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.  Apakah ahli-ahli PAS yang hendak berdemonstrasi masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Mengapa tidak membuat demonstrasi untuk menuntut pembatalan memorandum tersebut di hadapan pejabat Bar Council?

    Bar Council pernah menganjurkan demonstrasi di Sogo 9 Disember 2007 di Sogo. Kelihatan adalah Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya, kedua-duanya berjawatan dalam PKR dan merupakan ahli Bar Council. Sewajarnya, ROS mengkaji semula pendaftaran Bar Council, mereka bukan lagi bertindak sebagai pertubuhan perundangan tetapi pertubuhan yang dipergunakan oleh PKR dan menyalahi undang-undang yang sepatutnya mereka luhurkan bersama.

    Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan . Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut (baca sini). Ambiga ini layak dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

    Rujukan Tepi J
    *(1).  Dr. Siti Musdah menerima pengiktirafan pada II Premio Internazionale La Donna Dell' Anno Year 2009 (Anugerah Antarabangsa Wanita 2009), pada 26 November 2009 yang diadakan di Saint Vincent, Itali. Dia di"iktiraf" kerana merupakan seorang pendukung liberal femenisme yang menyokong lesbian, gay serta homoseksual. Malah dia dengan angkuhnya berkata " Aku tidak takut orang-orang yang menghalangi pekerjaan aku"
    http://anginperubahan.blogspot.com/2010/03/anwar-ibrahim-sokongan-gay-terhadapnya.html

    *(2).  http://www.malaysianbar.org.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=9187

    *(3). 14 tuntutan IFC
    1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.  
    2.Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.         
    3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
    4.Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

    5.Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
    6.Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
    7.Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
    8.Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
    9.Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
    10.Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
    11.Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
    12.Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
    13.Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.   
    14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


    Credit to:
    http://www.suarabloggers.com
    http://anginperubahan.blogspot.com
    http://www.malaysianbar.org.my
    http://raidahabdrahman.blogspot.com
    http://www.jais.gov.my/isuagama/ifc.php

No comments:

Post a Comment