Monday 24 October 2011

Harga Jualan Hartanah Mohamad Khir RM6.5 Juta

SHAH ALAM: Perbicaraan kes Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bermula Rabu dengan pemilik asal dua tanah lot di Seksyen 7, di sini memberitahu, tanah tersebut dijual pada harga RM6.5 juta.
Saksi pertama pendakwaan, Saiful Aznir Shahabudin yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Kebangsaan Berhad memberitahu, tanah itu dijual kepada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni yang telah dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Mohamad Khir.
Kata Saiful Aznir, 51, beliau pada mulanya berhasrat untuk menjual tanah tersebut harga RM7 juta.
"Saya mula bercadang untuk menjual tanah itu pada tahun 2004. Ini kerana saya mengambil hutang bank yang agak banyak, iaitu lebih kurang RM20,000 sebulan. Saya tidak mampu untuk tanggung lagi," katanya.
Kata Shaiful Aznir lagi, beliau telah meminta bantuan kawan-kawan dan bapanya untuk mencari pembeli hartanah tersebut.
Seterusnya, saksi memberitahu, kawan kepada bapanya yang bernama Datuk Sumadi Ismail telah membawa dua pembeli berpotensi iaitu Shamsuddin dan Mohamad Khir berjumpanya.
"Mohamad Khir datang melihat rumah saya bersama isterinya, Zahrah Kechik dan tanya harga. Mereka kata RM7 juta terlalu mahal," tambahnya.
Saksi seterusnya berkata, Shamsuddin juga ada datang ke rumah untuk berbincang dan beliau akhirnya bersetuju untuk menjual tanah seluas kira-kira 4,645 meter persegi pada harga yang lebih rendah.
Tanah tersebut yang mengandungi sebuah banglo berkeluasan 1,393 meter persegi, garaj yang boleh memuatkan empat buah kereta, kolam renang, kolam ikan dan lanskap dijual kepada Ditamas menerusi Shamsuddin pada 23 Disember 2004.
Pada keterangan lain, Shaiful Aznir mengakui dua tanah tersebut dibeli pada tahun 1995 dan 1996 pada harga RM1.3 juta.
Bagaimanapun, menjawab soalan peguam Mohamad Khir, M. Athimulan, saksi bersetuju bahawa berdasarkan surat pindah milik, tanah itu dijual pada harga RM5 juta.
"Saya tidak ingat siapa yang mencadangkan harga tersebut tetapi saya bersetuju dengannya," katanya dan menambah tidak dipaksa untuk menjual pada harga itu.
Beliau juga mengakui bahawa tidak mendapatkan sebarang khidmat untuk menilai harga pasaran hartanah tersebut
Mohamad Khir, 45, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 6 Disember tahun lalu atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin.
Hartanah tersebut yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    • Dunia Carca Merba kaya noh
      09 June at 14:48 ·
    • Faiz Maya kaya sgguh..ada kilang tempe ka??
      09 June at 15:03 ·
    • Orenji Ren Oren bisnes tempe lagi masyuk dari jd menteri... kah kah kaaaaaaaahh!!!
      09 June at 15:04 · · 1 personDunia Carca Merba likes this.
    • Dunia Carca Merba jadi pncacai umngok pun duit bnyak jgak..tpi duit haram..sbb kluar ftnah
      09 June at 15:05 ·
    • Orenji Ren Oren dengar cerita ada team pemfitnah UMPORNO tu dapat cek rm30k untuk teruskan fitnah. wow!!! dari bagi mangkuk mangkuk tu baik sedekah kat anak yatim lagi berkat la wei!
      09 June at 15:07 · · 1 personLoading...
    • Syamsul Firdaus ORO! Wallaahu a'alam, tapi RM30k tu kalau nak bagi sedekah pun ada pahala ka? Pasal sumbernya pun dari haram juga bukan.
      09 June at 15:10 · · 1 personLoading...
    • Orenji Ren Oren iye tak iye gak kan? hmmmm.... buang je la rm30k tu... kah kah kaaaaaaahh!!!
      09 June at 15:11 · · 1 personLoading...
    • Dunia Carca Merba rosak habis anak2 dia makan duit haram...
      09 June at 15:13 ·
    • Dunia Carca Merba dri mana dia dpt duit sbnyak tu? snang2 je bg kt orang..rkyaty mskin di kwasan pdalaman x amek tau plak...
      09 June at 15:13 ·
    • Orenji Ren Oren alaaaaaaaaaaa, YB sorang ni, dia ni pun tak banyak kawan dah.. kiri kanan bantai dia.. tempat dia menang dulu tu pun x terjaga. kah kah kaaaaaaaaaaaahh!!!
      09 June at 15:16 · · 1 personLoading...
    • Syamsul Firdaus ORO! Eh eh, jangan buang! Saya belajar yang duit haram boleh disalurkan kepada tempat2 yang patut seperti membina prasarana awam seperti jambatan, jalan, tandas awam dan tempat permainan awam.
      09 June at 15:24 ·
    • Dunia Carca Merba lepas duit tak berkat tu lah..mnjadikn tnmpat2 mcm tu jadi tak berkat...
      09 June at 15:31 ·
    • Orenji Ren Oren yup! x berkat! nanti jd port anak anak didikan UMporNO buat projek! kah kah kaaaaaaaaaaaahh!!!
      09 June at 15:32 ·
    • Arrifin Hussin ki ki ki....patutla mat sabu's ditangkap khalwat....orang UMNO ekkk mat sabu
      09 June at 15:34 ·
    • Orenji Ren Oren ketua bahagian kat kedah sana ditangkap LIWAT drebar dia sendiri.. tu PAS ke PKR ke DAP ye? lupe la.. kah kah kaaaaaaaaaaahh!!
      09 June at 15:41 · · 1 personLoading...
    • Nasir Zaki dulu bukan kata 24 juta ke or fitnah? rumah khalid ibrahim, anwar ibrahim pun macam besar jugak je...tp x jgn tuduh depa mcm2 na...biasalah elaun MB, elaun PNSB, elaun MB Incorporated, elaun KDEB dll...
      12 June at 08:44 · · 1 personLoading...
    • Syamsul Firdaus
      NZ! Rumah Anwar Ibrahim di Bukit Segambut dibina hasil penjualan rumah di Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara. Bukan hasil rasuah. Rumah TS Khalid di Jalan Setiabakti 5, Bukit Damansara dibina dengan hasil titil peluh dia sebagai seorang ah...li korporat sebelum masuk politik, bukan sebagai ahli korup macam mantan MB tu yang buat rumah tu setelah jadi MB. MB sekarang tak hairan dengan aset2 yang disediakan malah segala elaun sebagai pengerusi2 GLC Selangor dia pindahkan ke akaun MB Incorperated untuk segala macam sumbangan kebajikan dan pembiayaan program2 rasmi yang perlu untuk negeri dan rakyat. Dia ambil semata2 gaji sebagai MB aja.See more
      12 June at 09:19 ·
    • Nasir Zaki Saya tak kata hasil rasuah, sy pun x tuduh Dr Khir rasuah.... tq 4 da info, bleh tau gaji MB, ADUN dan Ahli Parlimen? Coz ramai ADUN yg juga jadi Ahli Parlimen sekarang ni...
      12 June at 09:27 ·
    • Syamsul Firdaus Tulah masalahnya, bila gaji sebagai MB dulu + macam2 imbuhan setelah dikira, memang tak leh layak dan mampu untuk memiliki premis macam tu. Malah saya pergi ke kawasan tu, bukan sekadar Khir aja, ada seorang lagi mantan MB ada rumah lebih kurang macam tu dan beberapa bekas ADUN dari UMNO.
      12 June at 09:32 ·
    • Pejuang Tanpanama Brapa harga jualan rumah d setia bakti dan brapa harga pembelian d bukit segambut? Khalid gagap jadi ahli keparat sebelum jadi MB ihsan sapa erkkk? Sapa yg naik kan dia sebagai ahli keparat? Jgn lupa daratan oiii khalid gagap
      12 June at 09:41 ·
    • Nasir Zaki sebab tu sy ty gaji mb, adun n ahli parlimen n elaun2 yg sy nyatakan diatas..bukan apa just nak gross calculate, 6.5 juta tu possible ke x, dia buat loan or cash ke...sblm tuduh org macam2, takut sampai akhirat x sempat mohon maaf...
      12 June at 09:41 · · 1 personLoading...
    • Pejuang Tanpanama Rumah arif fahmi besar x? mana dia dapat dana erkk??
      12 June at 09:42 ·
    • Suara Hati Dia layak sebabdia org umno...ki..ki..
      12 June at 09:47 ·
    • Suara Hati yg tak layak hanya org PR jer...
      12 June at 09:48 ·
    • Maha Meru Pas kedah bila kedah nak hapus judi ekor? hang jaga kain hang dulu la nu
      12 June at 09:49 ·
    • Maha Meru pas kedah terim akasih nu tak buat ladang mega babii kat kedah nu, sbb tekanan umno, kalau tak rakyat kedah pelat kedah hidung duk bai babii nu
      12 June at 09:50 ·
    • Maha Meru nak buat utk cina kat tanah ataih bukit nu ayak sungai turun lalu kat kampung melayu islam yg undi hang nu. sib baik umno kasi tekanan nu kalau tak kepala berserban ladang babi mega depan mata . kakakakak
      12 June at 09:50 ·
    • Maha Meru hang tau ahli aps bio, bio, bodoh bodoh duk sebuk jaga kain umno tu sbb hang brani nak buat apa saje
      12 June at 09:51 ·
    • Maha Meru sib baik org umno tak sebodfoh org pas
      12 June at 09:51 ·
    • Geng Sniper kesian btol kat maha bodoh..... dh tk ade modal la tu... kahkahkah.........
      12 June at 13:32 · · 1 person

No comments:

Post a Comment