Friday, 14 October 2011

BICARA YANG KEJI



MANUSIA BERBICARA 
DARI HATI DAN LIDAH
YANG LURUS, BERHIKMAH
ATAU
FITNAH DAN DUSTA,
SEBAB MANUSIA GABUNGAN PELBAGAI UNSUR
SYAITAN DAN INSAN
ATAU
MALAIKAT DAN HAIWAN

MAHA SUCI ALLAH
YANG MENCIPTA PERUMPAMAAN
TENTANG BICARA MANUSIA
BICARA YANG BAIK DAN KEJI
BAHAWA BICARA YANG BAIK 
UMPAMA POHON 
TEGUH BERTUNJANG DI ALAM BUMI
RENDANG DAN SUBUR
MENGELUARKAN BUAH-BUAHAN
UNTUK MANFAAT INSAN DAN HAIWAN
ALAM KESELURUHANNYA

DAN….
BICARA YANG KEJI
YANG TERHAMBUR PENUH DURJANA
KUFUR DAN INGKAR
IBARAT POHON YANG REPUT
AKAR DAN TUNJANGNYA LONGGAR
TANPA BUNGA, TANPA BUAH
MENUNGGU RUNTUH DI LANDA ANGIN KENCANG.

ALLAH AZZAA WAJALLA
MENGUMPAMAKAN SEGALA BICARA BURUK DAN KEJI
IBARAT POKOK YANG GOYANG
BUAHNYA PAHIT DAN MAUNG
TANPA RASA
TANPA MANAFAAT 
UNTUK INSAN DAN HAIWAN

DEMIKIANLAH IBARATNYA
INSAN YANG LEMAH IMANNYA
RAPUH DAN LONGGAR
UNSUR KEMALAIKATAN DIRINYA
SERING MENYERAH KALAH
KETIKA MENGHADAPI BADAI KEHIDUPAN

SEMUA INSAN YANG PUNYA AZAM 
IKHTIAR DAN USAHA
LALU BERTAWAKAL
MEMOHON RESTU
HIDAYAH DAN PETUNJUK ALLAH
BEKALAN KEBAHAGIAAN HIDUP 
DI ALAM DUNIA NYATA
DAN ALAM AKHIRAT YANG MENJELANG TIBA

(INSPIRASI DARI KITAB SUCI AL-QURAN SURAH IBRAHIM (14) AYAT 26 DAN 27)

No comments:

Post a Comment