Monday, 24 October 2011

Wan Azizah tahu Anwar suka meliwat

Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan mendedahkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah tiga kali meletup kerana tidak suka dengan tabiat buruk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kali pertama ketika Anwar dalam kerajaan. Wan Azizah mengadu kepada Tun Siti Hasmah. Kali kedua, selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Azizah mengadu kepada Ezam dan kali ketiga selepas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis, dirinya diliwat.


Lokman yang diwawancara AIDC pada 15 Jun 2011 di Caps Square, Kuala Lumpur, turut menceritakan pengalamannya bersama Parti Keadilan, termasuk berkaitan penglibatan George Soros, penyangak matawang Yahudi dalam membantu partinya.

Benarkah Wan Azizah jumpa Soros?

Benar. Itu (berlaku) tahun 2003. Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong, ratu bogel Bukit Lanjan.

Ketika itu, Elizabeth Wong bukan PKR lagi, dia masa tu SUARAM. Yang baik dengan Soros ni sebenarnya Tian Chua. Tian Chua yang baik dengan Soros yang selama ini ditaja oleh Soros.
Malaysiakini pun dulu, starting Steven Gan..Tian Chua ni semua, Soros punya duit. Mereka mendapat tajaan daripada Soros. Saya tahu sebab Tian Chua cerita pada saya masa dalam penjara (Kem Kamunting). Sama-sama duduk Kamunting, dua tahun.

Tian Chua bercerita mengenai Soros?

Dia ceritalah daripada mana dia dapat income. Saya ingat lagi, telefon Tian Chua pun daripada duit Soros. Kita orang seludup telefon masuk. Telefon Tian Chua tu pun datang daripada Soros. Masuk daripada Bangkok. Ini realiti apa yang berlaku.

Jadi, tahun 2003, Wan Azizah dihantar oleh Anwar untuk berjumpa Soros untuk dapatkan dana bagi membolehkan mereka bertanding Pilihan Raya 2004.

Dan sebelum saya dipecat tahun 2004, saya hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Parti PKR dan masa tu Azmin maklumkan RM3 juta telah diterima. Dan mereka telah buat t-shirt, topi dan bendera di China.

Bila saya tanya dengan Ezam, dari mana datang duit RM3 juta ni? Ezam maklumkan pada saya, duit itu daripada Soros.

Parti tak tahu hal ini, hanya inner circle sahaja?

Itulah sebabnya kalau kita tengok, trend orang yang tinggalkan PKR ini ialah orang yang duduk di atas bukan duduk di bawah. Yang penyokong tegar PKR ni, mereka tak tinggalkan PKR. Jarang. Tak banyaklah.

Yang banyak tinggalkan PKR ini ialah orang yang semakin hari semakin rapat dengan Anwar Ibrahim. Semakin hari semakin banyak maklumat sebab semakin tinggi, dia (akan) pergi.
Dia jadi Ahli Majlis Tertinggi, dia jadi Ketua Pemuda ke, Naib Presiden ke. Orang ini akan duduk dekat dengan Wan Azizah, duduk dekat dengan Anwar Ibrahim, jadi mereka ada maklumat yang lebih tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar, Wan Azizah, Azmin dan semua sekali.

Itu yang menyebabkan ramai di kalangan mereka tinggalkan. Yang kat bawah ni tak tahu apa-apa. Selagi mereka tak sampai level Ahli Majlis Tertinggi umpamanya, selagi itu mereka tak tahu apa-apa. Ahli Majlis tertinggi zaman saya pun mereka tak tahu apa-apa pun.

Saya kebetulan Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Pemuda. Bila Ezam tak boleh pergi mesyuarat ahli Exco, saya kena pergi..ganti. Jadi, banyak benda yang saya tahu lebih daripada Ahli Majlis Tertinggi biasa.

Agak saudara, Wan Azizah tahu kes moral Anwar ?

Sudah pasti. Bukan kali pertama Wan Azizah ‘meletup’ ni. Wan Azizah ‘meletup’ dah tiga kali. Mana ada seorang wanita yang sanggup mengaku suaminya seorang peliwat. Tak ada. Mana ada seorang ibu yang sanggup membiarkan enam orang anaknya, dituduh anak-anak seorang peliwat.
Sebabnya Wan Azizah, macam mana pun dia kena pertahankan suami dia. Bukan kerana dia sayang sangat kat Anwar Ibrahim.

Saya ingat kali pertama, dia kena pukul dengan Anwar dulu. Dia mengadu dengan Tun Siti Hasmah. Dia mengadu perangai Anwar Ibrahim. Dia pernah nak pergi berubat kat Indonesia, carikan ubat supaya Anwar tinggalkan kerja main belakang ni.

Kali kedua dia mengadu dengan Ezam. Saya ingat lagi.

Masa tu saudara masih dalam dalam PKR ?

Masa tu saya dah kena pecat. Tapi saya dapat maklumat ni yang dia mengadu kat Ezam, masa tu kat Singapura kalau tak silap saya. Dia, Wan Azizah mengadu.

Satu hari, Anwar dan Wan Azizah pergi luar negara. Anwar dapat flight balik, Wan Azziah tak dapatflight balik. Wan Azizah telefon Ezam, minta supaya Ezam pergi tengok dekat rumah, pastikan ‘budak bancuh kopi’ tu tak tidur kat rumah. Sebab dia takut Anwar ‘kerjakan’ budak tu.

Kali ketiga ni Wan Azizah ‘meletup,’ masa hari Saiful buat report polis. Masa tu Ahli Pimpinan Majlis Tertinggi PKR buat mesyuarat dekat Hotel Quality.

Ketika itu, tiba-tiba Anwar stop mesyuarat yang dia chair. Bila dalam perjalanan naik ke lif tu, Zulkifli Noordin pun ada, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Wee Choo Keong ada.

Ketika itu, Wan Azziah ‘meletup’ buat kali ketiga, yang saya tahu. Kalau lebih daripada itu dia ‘meletup’ saya tak tahu. Yang ini maklumat yang saya terima, kali ketiga dia ‘meletup’ time tu.

Bila Wan Azizah tanya kenapa meeting kita berhenti tiba-tiba. Dan Anwar kata, Saiful buat laporan polis dirinya diliwat oleh Anwar, masa tu Wan Azizah meraung. Masa tu dia kata, apalah ni bang, tak cukup ke dah kena 6 tahun, buat lagi.

Awak cuba bayangkanlah, masa Anwar duduk dalam penjara 6 tahun, siapa yang jaga anak-anak dia. Wan Azizah. Betul tak? Dia kena jaga anak-anak, dalam masa yang sama kena jadi Ahli Parlimen pula secara tiba-tiba. Kena jadi Presiden parti. Macam mana tak sengsara, sengsara.
Dia bukan ahli politik, dia doktor mata. Tiba-tiba kena terjun dalam politik.

Jadi, tiba-tiba keluar penjara, Anwar buat perkara ni lagi, mestilah dia tension. Itu yang menyebabkan dia luahkan.

Yalah, saya pun pelik juga dengan Wan Azizah boleh tahan dengan Anwar Ibrahim. Kira hebatlah Wan Azizah ni. Saya ingat kalau perempuan lain, dah lama tak boleh tahan dengan Anwar Ibrahim.

Barangkali mempertahankan maruah keluarga?

Ya, tapi saya rasa kehebatan luar biasa lah.

Semasa saudara dalam KeADILan, adakah nampak situasi Wan Azizah percaya Anwar meliwat atau seratus peratus percaya kepada Anwar?

Senario saya lain sikit. Saya sempat dengan Anwar 18 hari. 2 September sampailah 20 September 1998. Lepas tu dia kena tangkap.

Cuma apa yang saya boleh nampak, apa yang saya bayangkan ada benda yang tak kena.
Setiap kali Shamsidar datang rumah, Wan Azizah akan ada rasa lain macam. Dia macam marah. Saya pernah dengar daripada mulut Rosli Ibrahim, adik Anwar Ibrahim. Dia kata, apa bangang sangat Azmin ni bawa Shamsidar datang sini, dia tahu Kak Wan tak suka dengan Shamsidar, apasal dia bawa Shamsidar datang sini.

Ini maknanya, ada something wrong between Shamsidar dan Anwar Ibrahim. Tapi bab lelaki ni, saya tak jumpalah yang Wan Azizah marah. Sebab saya tak pernah ada dalam situasi itu.
Yang saya nampak, yang ketara bila mana Shamsidar datang. Yang Sukma pun saya tak nampak sebab Sukma ditangkap awal.

Jadi, kes 1998 itu mengesahkan betul berdasarkan situasi tadi?

Ya, saya percaya.

Kalau kita tengok Ummi punya pengakuan baru-baru ini, saya ceramah banyak kali dengan Ummi. Saya sendiri terkejut. Saya ingat Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni tanpa pengetahuan Azmin. Tapi, bila dengar pengakuan Ummi, maknanya Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni dalam keadaan Azmin tahu. Jadi, saya tak boleh bayangkanlah macam mana dayusnya Azmin ni. Saya tak mahu komenlah benda ini.

Masa dalam KeADILan, saudara tak percaya cerita ini?

Saya ingat hubungan Anwar-Shamsidar ni tak ditekankan sangat. Cuma saya rasalah ada something wrong sebab Rosli marah, Wan Azizah marah. Cuma masa tu, pihak BN tak bangkitkan sangat hubungan Anwar-Shamsidar. Mereka lebih fokus kes Azizan.

Azizan ni saya nampak dalam kes 1998, yang menyebabkan rakyat tidak percaya dalam kes yang melibatkan kes Azizan Abu Bakar, kerana pada ketika itu cakap tak steady. Sekejap dia kena liwat sekian tarikh, sekejap dia kena liwat sekian haribulan. Tiba-tiba pula daripada satu tarikh dia sebut kena liwat tu, bangunan Tivolli Villa pun tak ada lagi.

Tapi ini berbeza dengan kes Saiful Bukhari 2008. Kes Saiful Bukhari, Saiful boleh mention tarikh spesifik dia diliwat tanggal 26.6.2008 dari jam 3.01 minit hingga jam 4.30 petang.

Sebab apa? Sebab, bila dia sampai kat tempat kejadian di kondo tersebut, ada rakaman cctv. Bila Anwar sampai pun, ada rakaman cctv. Bila dia keluar pun, ada rakaman cctv. Dia dah tahu spesifik masa.

Dari segi teknikal, kali ini Anwar tak boleh lari. Dan macam mana Anwar nak lari dalam keadaan doktor yang memeriksa ‘anu’ Saiful ni, mengesahkan mereka menjumpai sperma. Mereka menjumpai semen milik Anwar Ibrahim. Mereka bukan menjumpai DNA.

Kalau mereka jumpa DNA, maknanya contohlah, masa Anwar dalam tahanan penjara, berus gigi ke, rambut Anwar Ibrahim ke. Anwar ketip kuku dia boleh ambil cebisan-cebisan kuku ini boleh jadikan DNA.

Tapi masalahnya sekarang ini, doktor ini yang memeriksa lubang Saiful ini, dia mengesahkan mereka menjumpai semen, air mani.

Air mani Anwar ni, kita tak boleh dapat tanpa kerjasama Anwar… Memanglah, sebelum ini kita nak berucap tak perlu sebut benda-benda ini semua. Tapi nak buat macam mana, ni Anwar punya pasal. Tak pasal-pasal dalam ucapan kita kena sebut sperma, semen..benda-benda yang mengaibkan ni.

Tapi kita kena ingat, yang doktor temui dalam lubang Saiful ialah semen ataupun sperma. Maknanya, benda ni hanya boleh diletak dalam lubang (dubur) Saiful.

Pertama, sekiranya Anwar buat kerjasama dengan kita dia mengeluarkan air mani dia. Dan dia bagi kita benda tu, kita suntik dalam lubang Saiful.Yang kedua, Anwar memang liwat Saiful.

Saya tak tahulah kalau ada cara lain. Saya tak nampak ada cara lain bagaimana kita boleh dapatkan Anwar punya sperma tanpa kerjasama Anwar Ibrahim. Dan takkanlah Anwar nak kerjasama untuk jahanamkan hidup dia. Ini rakyat kena buka kepala.

Doktor bukan jumpa DNA dalam dubur Saiful. Selain daripada sperma itu, ada DNA Y. DNA X tu saya tak tahu siapa punya. Mungkin doktor masa buat tu terjatuh peluh ke apa. Itu saya tak tahu. Pokoknya, bagaimana sperma Anwar ada di situ?

Ataupun bagaimana mereka boleh dapat sperma Anwar Ibrahim tanpa bantuan Anwar Ibrahim. Yang ini sahaja, menjawab segala-galanya.

Dan bila mereka ekstrak sperma ini. Dia ambil DNA daripada sperma ini, maka dia dapatlah DNA ‘lelaki Y.’ Dan apabila polis ambil contoh daripada botol mineral water Anwar yang ada DNA dia, berus gigi Anwar. Akhirnya mereka nampak benda ni sama.

Cuma di peringkat awal perbicaraan. Doktor yakin yang Anwar dengan rela hati akan memberi DNA dia, darah dia. Itu sebab, doktor tak terima bukti dalam bentuk berus gigi tadi dan juga barang-barang yang diambil dari lokap. Sebab kalau kita guna barang-barang yang diambil dari lokap itu, Anwar ada ruang untuk kata itu barang lama, polis dah rancang apa semua.

Itu sebab, doktor minta supaya Anwar dengan rela hati memberikan DNA dia. Tapi, bila Anwar tak nak bagi DNA dia, ketika itu Hakim kata pakailah yang berus gigi tu. Macam mana hakim boleh menjangkakan yang Anwar takkan berani tak nak bagi DNA dia.

Sebab sebelum ini Anwar bukan main lagi, saya akan berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah terakhir. Cakap memanglah, ini hingga ke titisan darah terakhir. Sekarang, kita minta setitis darah saja dia tak boleh bagi.

Kenapa saudara ditahan ISA ?

Saya kena ISA dua kali. Kali pertama pada 23 Oktober 1998. Saya kena lebih kurang 59 hari. Saya kena tangkap 21 Oktober.

17 Oktober 1998 saya mengetuai satu demonstrasi besar-besaran daripada Masjid Negara pergi ke Istana Negara, untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) mendesak supaya YDPA campur tangan dalam kes Anwar Ibrahim.

Masa tu Anwar dalam penjara?

Masa tu Anwar dalam penjara. Masa tu saya kena (tahan) 59 hari.

Dan pada tahun 2001, saya kena lagi sekali kerana pada ketika itu saya ketuai untuk buat satu demonstrasi dipanggil ‘Black 14.’

‘Black 14’ ni sebenarnya hari untuk memperingati Anwar dipenjarakan selama 6 tahun. Setiap tahun kita buat perhimpunan ‘Black 14.’ Kita mahu kumpulkan orang dari seluruh pelusuk tanah air. Bawa orang naik keretapi, bawa orang naik bas, bawa orang naik pengangkutan masing-masing untuk kumpul di Kuala Lumpur. Untuk buat protes besar-besaran. Macam BERSIH nak buat ni.

Kena tahan seminggu atau selepas kejadian?

Lebih kurang seminggu sebelum itu kawan-kawan saya. Saya kena tahan buat kali kedua ialah pada 24 April 2001, selama 2 tahun 2 bulan.

Pada masa itulah ditahan bersama yang lain?

Yang pergi ke Kamunting, saya, Tian Chua, Ezam, Saari Sungip, Badrul Amin dan Hishamudin Rais.

Masa itulah Tian Chua bercerita menerima duit dari Soros?

Masa dalam tu lah. Dia beritahu, SUARAM ni ditaja oleh sebuah yayasan daripada Holand. Yayasan Holand ini sebenarnya ditaja oleh Soros.

Tian Chua sendiri mengakui penahanan dia tu tepat?

Memanglah. Semua yang ditahan tu ada sebab kenapa dia ditahan. Dalam ISA ni, saya dah duduk 2 tahun. Saya dah bercampur dengan semua. Saya dah bercampur dengan al-Maunah, saya bercampur dengan KMM, saya bercampur dengan JI (Jemaah Islamiah), semua kita bercampur.
Semua hampir mengaku tak bersalah. Semua mengatakan yang mereka ini teraniaya. Tapi, saya tahulah. Saya kena tahan, saya buat salah.

Dulu bila polis suruh kita berhenti, kita koyak saman polis. Garang tak garang kan dulu. Darah muda, standard lah tu.

Tian Chua, kalau nak ikutkan kesalahan dia tu, dia patut kena hukum gantung.

Kenapa?

Sebab dia mengkhianati negara. Dia terima duit daripada orang asing untuk buat kucar-kacir di negara kita. Soros akan taja apa sahaja untuk rosakkan nama Dr Mahathir.

Sebab, bila mana krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, Dr Mahathir straight away kata, ini disebabkan oleh penyangak mata wang bernama George Soros.

Kerana dendam kesumat George Soros itu, maka Soros sanggup biayai NGO-NGO ini untuk lanyak Malaysia. Untuk buat kucar-kacir daripada dalam. Jadi, ini tak khianat negara ke?

Saya duduk dalam ISA baru saya tahu benda ini berlaku.

Sebelum ini tak perasan?

Tak, kita tak tahu. Bila dah duduk 2 tahun, dah macam kawan-kawan, baru mereka buka cerita. Sebelum tu mereka tak cerita.

Setiap orang yang ditahan di Kem Kamunting ini apabila dibebaskan sudah tidak aktif lagi dengan PKR?

Itu tak betul.

Maksudnya ?

Hari pertama saja saya keluar dari ISA, saya ceramah di Sungai Petani kalau tak silap saya. Dan setiap malam saya ceramah. Daripada dalam penjara, saya tahu saya akan dibebaskan. Sebab grouppertama tu, mereka dibebaskan 2 minggu awal.

Jadi, dalam penjara, saya dah susun jadual ceramah saya. Memang kita tak pernah berhenti.

Ceramah untuk Parti Keadilan ?

Untuk Keadilan. Saya stop bersama mereka ni selepas saya dipecat tahun 2004. Sebelum itu, selepas dibebaskan saya masih lagi bersama mereka.

Bermakna orang yang ditahan itu ada sebab tersendiri?

Semua ada sebab. Hishamudin Rais dari tahun 70-an dah patut kena ISA. Tapi dia dah lari. Dapat suaka politik di Sweden.

Tian Chua patut kena hukum gantung, khianat pada negara. Dia punya penglibatan dengan SUARAM dan juga pemimpin KeADILan ketika itu.

Saari Sungip kerana dia antara orang yang menggerakkan himpunan 100,000 orang (rakyat).

Badrul Amin, dia ceramah tak ingat dunia. Harussani Zakaria pun dilanyaknya. Dia punya contributionitu mempengaruhi orang untuk mempercayai sesuatu yang tidak betul berlaku.
Ezam sama dengan sayalah, mengepalai demonstrasi-demonstrasi.

Semasa ditahan di Kamunting, adakah Wan Azizah atau parti mengambil berat?

Yang ambil berat tentang kami ini ialah NGO yang dipanggil Gerakan Mansuh ISA (GMI). Mereka ni terdiri daripada NGO-NGO seperi JIM, ABIM dan beberapa NGO lain. Mereka ni yang banyak collectduit untuk bantu keluarga kami yang berada di luar.

Parti sendiri?

Parti ni, terus-teranglah saya cakap, saya kecewa. Bukan setakat pemimpin KeADILan, tapi Anwar Ibrahim sendiri. Mereka tak bantu pun.

Kalau nak kira dari segi kekayaan Anwar Ibrahim, mereka boleh bantu keluarga kami ni. Lebih daripada bantu. Tak adalah masalah anak kita nak minum susu apa.

AIDCNews – 21/06/11 http://www.anwaraidc.com/?p=12994

    • Kelambu Harimau wan azizah nak payung emas,,sebab tu x berani bongkar keburukan suami...tahniah
      21 June at 20:32 ·
    • Jaw Biru kalau tak silap aku wan azizah mula mula buat report pada tun berhubung kelakuan seks songsang anwar... (cerita ini memang diketahui oleh sebilangan bekas bekas penaja/pemimpin parti keadilan nasioanal.
      21 June at 20:43 · · 1 personLoading...
    • Hembusan Mujahid mmg benar,jika di ingat kembali satu masa dulu,mmg azizah pernah mengadu secara ttutup kpd tun M bahawa anuar mpunyai tabiat pelik iaitu suka 'meliwat'...
      21 June at 20:45 · · 1 personLoading...
    • Mohd Shukur Bukan melawat ker??? contoh... melawat pakistan...lawat burma..lawat chine...pas tu baru liwat....bukan??
      21 June at 20:46 ·
    • Sobri Ahmad Astaghfirullah...tenkiu Elly Nina Ahmed..wa caya sama lu!!
      21 June at 20:55 ·
    • Ryzal Razali org2 bwahan tahu ape... kne tipu d anwar jee.. kne main d anwar jee semua yg tggl kn anwar ni bukn calang2 orgnye.. bekas org kuat dsai satu ms dulu... tk rasa besalah ke jike masih sokg peliwat tegar nih hu3
      21 June at 21:13 ·
    • Bugati Veyron Pendedahan Terbaikkk Elly Nina Ahmed!!!.. wan azizah sendiri pun telah terperangkap dgn permainan kotor nuar berahi!!!... siksanya hanya Allah swt yg maha mengetahui!!!.. moga akan terbuka hati wan azizah utk keluar dari perangkap makhluk songsang ini...!!!..
      22 June at 01:57 · · 1 personLoading...
    • Ibni Battutah
      Minda Kita Bersih...Kita Pon BERSIH..!!!

      Di ingatkan kepada semua awecks-awecks di FB mahu pun di luar sana...Cari lah Pemuda yang BERSIH....kerana Kebersihan itu amat penting. Jika BERSIH Pemuda itu..maka kenikmatan dan kebahagiaan akan b...erkekalan.

      Sebab itu tujuan kita berhimpun adalah kerana kita BERSIH.

      Jangan cari Pemuda Umno yang KOTOR.

      Kenapa mereka pemuda Umno kotor??.. sebab mereka benci Bersih.

      Mereka tidak mahu Bersih. Mereka mahu menghalang kemaraan Bersih. Mereka tidak suka kepada Bersih.
      Sebab apa mereka Membenci BERSIH??...sebab...
      Mereka Kulop!!...Apabila Kulop..tahi palat berkilo..itu Kotor.
      Mereka Kotor membiarkan Kulop berada di mereka.
      Mereka kotor lah mereka benci BERSIH kerana mereka suka kotor.

      Kekotoran mereka itu membuatkan kita hendak muntah.
      Amoi dalam video sex terbitan Umno production itu pun nak termuntah apabila melakukan adegan ranjang Zulkifli Nordin Kulom Bandar Baru.
      Amoi itu pun lari kejap kat bilik air kerana tak tahan dengan Palat Umno. Umno ni memang macam Palat!!.....warkhakhakah...heeheheehehe'
      See more
      22 June at 02:32 ·
    • Ahmad Naza nikaziz suka palat ibni...........
      22 June at 04:25 ·
    • Chiposa Baghdad ‎.
      22 June at 04:46 ·
    • Fazal Hatta ingat hari akhirat, penuh dengan tangunjawab yang perlu korang pikul...iaitu, fitnah, mencarut, memaki.....
      tak ingat hari pembalasan ke?
      22 June at 12:58 · · 1 personLoading...
    • Patau Rubis
      Boleh kah anda menulis berkernaan latar belakang gaya seks sepenuhnya dengan semua pemimpin besar UMNO yang lain... berapa
      yang ada "mitresses" nya, yang meliwat juga, dengan cerita yang lain... atau eloh lagi keadaan ekonomi kita sekarang...... isu seks nasi menjadi bubur sudah, ramai rakyat masih susah cari makan.... seks senang cari, salah seks lebih senang lagi cari, tepi kenapa BN TIDAK DAPAT MENELUSKAN SUBSIDIES", KENAPA? Kerana kes tuduhan KES LIWAT????? ... Maybe a case of accusing a Muslim publicly about SODOMY, is it "HAL"?See more
      23 June at 07:54 ·
    • Gregory Iman BAGI ZIZAH; JANJI HIDUP SENANG!! APA AKU PEDULI!!
      23 June at 08:32 ·
    • Madoarifu Yek Menyebarkan cerita orang berzina/ meliwat boleh jatuh 'fasik'. Soalnya apakah mereka ini tahu apa maknanya fasik dan apa risiko pada diri bila dah jatuh fasik.
      23 June at 08:48 ·
    • Laura Chynta JIJIAH PUN SAKIT KENA HENTAM BELAKANG KOT...........
      23 June at 13:07 ·
    • Sobri Ahmad Madoarifu Yek..Fasik pun ko tak tau? fasik tu makhluk bersisik macam ko la...yg bunyi pssssst..psssst....tu...kui3
      23 June at 13:10 ·
    • Sobri Ahmad yang aku heran Ulama PAS semua sokong Anwar...pasai apa ek? dorang pun mcm paderi kristian ke? suka homoseks...
      23 June at 13:10 ·
    • Zamm Yusop umno dewan ulama pn xder...mufti kata haram pun umno g langgor....sapa la yg ulama sebenor dlm umno ya...
      23 June at 13:16 · · 1 personZamm Yusop likes this.
    • Tun Teja ada lagi ke ulama' dalam pas tu... bukan kena tendang sorang demi sorang ker? ops lupa, ada yang baru, ulama' mat sapu..
      23 June at 14:18 · · 1 person

No comments:

Post a Comment