"Busuk betul di sini," keluh seorang petani ketika berada di luar rumahnya. Anak petani itu melihat saja karenah bapanya.
"Aku hairan,sebegitu banyak pokok bunga yang aku tanam, tapi halaman rumah ini masih busuk juga."Orang tua itu masuk ke dalam rumah.
"Eh, masih busuk juga. Pelik."
Orang tua itu terus marah-marah. Kenapa kemana sahaja dia pergi terhidu bau busuk.
Tiba-tiba anaknya masuk lalu berkata, "Ayah, cuba ayah lihat cermin..."
Orang tua itupun pergi ke depan cermin. Dia terkejut kerana didapati pada hidungnya terpalit baja tahi ayam yang digunakan di kebun pagi tadi.
Petutlah ke mana sahaja dia pergi berbau busuk.. rupa-rupanya yang busuk bukan orang atau tempat yang lain, tetapi tahi yang terpalit di hidungnya sendiri!
Pengajarannya: Kejahatan atau keburukan yang selalunya kita nampak ada kalanya berpunca daripada kita sendiri. Apabila kita asyik nampak akan kejahatan orang lain, boleh jadi itu petanda kita sendiri yang jahat. Tidak hairan kalau orang yang berprasangka dan prejudis sering bertemu dengan keburukan dalam hidupnya.
Monday, 10 October 2011
Kisah Pengajaran: BUSUK BETUL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment