Monday, 10 October 2011

Tindakan bijak tolak debat



  • By Mohd Rasull · Last edited about 9 months ago · Edit Doc · Delete

    ORANG kata, debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi perintis kepada politik yang lebih sihat supaya rakyat dapat diberi peluang bagi mengetahui agenda-agenda parti yang bakal dipilih oleh mereka untuk menerajui negara.

    Namun tidakkah kita terfikir bahawa bercakap tidak perlu modal (duit). Sebab itulah, orang suka bercakap sama seperti 'cakap-cakap' politik di kedai kopi ibarat memukul tong kosong.

    Bayangkan berapa banyak masa yang bakal dihabiskan untuk membuat persediaan bagi berdebat mengenai agenda-agenda parti, sedangkan tugas sebagai pemimpin memerlukan komitmen yang tinggi.

    Adakah Anwar tidak ada kerja lain yang boleh dilakukan selain berdebat. Parti pemerintah mahupun pembangkang perlu menyelesaikan hal-hal dalaman masing-masing terlebih dahulu.

    Kita lihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilanda masalah dalaman yang teruk perlu menyelesaikan dahulu masalah tersebut, bukan dengan mengalih perhatian rakyat dengan mengajak Perdana Menteri berdebat.

    Malah, UMNO juga sedang berusaha menjayakan transformasi politik untuk memperkasakan parti itu. Jadi, lebih baik sekiranya masa dihabiskan untuk memperbaiki diri masing-masing, bukannya sekadar menanam tebu di tepi bibir.

    Perdana Menteri telahpun menolak tawaran untuk berdebat itu. Itu satu keputusan yang bijak. Sebenarnya, penolakan itu tidak memberi kesan kerana Anwar sendiri pernah menolak dengan pelbagai alasan untuk melakukan sumpah bagi membuktikan dirinya bukan seorang peliwat.

    Jika Anwar mahu menggunakan isu itu untuk mengatakan Najib penakut, usaha itu hanya akan menjadikan dirinya lebih takut daripada penakut.

    Jangan hanya mahu menunjukkan kehebatan berdebat kepada rakyat, maka segala kerja perlu ditangguh semata-mata bagi membuktikan diri sebagai anak jantan yang pantang dicabar.

    Pendirian sama telah dinyatakan secara keras oleh bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip mengenai cadangan 'bodoh' Anwar yang mahu berdebat dengan Najib.

    Beliau berkata, Anwar perlu tanya diri sendiri sama ada layak atau tidak sebelum mahu mengajak seorang Perdana Menteri berdebat.
    ''Saya mahu Anwar suluh muka di cermin terlebih dahulu sebelum membuat keputusan, jangan ikut perasaan semata-mata.
    ''Taraf dan darjat Anwar sebagai seorang Ahli Parlimen yang digantung terlalu jauh untuk dia bercakap dengan Perdana Menteri, inikan pula mahu berdebat," katanya.

    Katanya lagi, pendirian Najib yang menolak pelawaan itu merupakan tindakan bijak kerana tidak ada apa yang perlu didebatkan dengan seorang penakut seperti Anwar.

    Beliau turut mencabar sekiranya benar Anwar anak jantan, buktikan dengan bersumpah dengan menyebut nama Allah SWT bahawa beliau tidak pernah meliwat sebelum mencabar orang lain.

    ''Saya yakin debat itu hanyalah untuk menutup isu liwat beliau yang begitu lama berlangsung di mahkamah tanpa ada tanda ia akan tamat dalam tempoh terdekat,"ujarnya.

    Sementara itu, pemerhati politik, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling pula berpendapat tindakan Anwar itu hanya untuk tujuan politik peribadi tanpa memberi faedah kepada rakyat.

    ''Jika mahu berdebat mengenai 'Pelan 100 Hari' pembangkang, ia tidak beri faedah kepada rakyat kerana mereka tidak mahu mendengar 'cakap-cakap' kosong, sama seperti manifesto pembangkang sebelum menang di beberapa negeri pada Pilihan Raya Umum lalu.

    ''Segala usaha kerajaan sekarang telah terbukti berbanding dengan manifesto retorik pembangkang bagi meraih undi. Selepas menang, lain pula yang terjadi," katanya.

    Jelasnya, rakyat tidak mahu mendengar retorik-retorik kerana apa yang lebih penting adalah kerja yang dilakukan itu mampu memberi manfaat kepada mereka.

    Benar bak kata orang tua-tua, pandai 'bercakap' tidak semestinya pandai bekerja kerana semua orang boleh bercakap kecuali bisu tetapi orang yang pandai buat kerja amat jarang ditemui.

    Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula."

    Kalau kita perhatikan dunia Islam hari ini, keadaannya tidak begitu jauh daripada gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
    Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari semasa ke semasa.

    Ulama jenis ini bercakap menggunakan ayat suci al-Quran semata-mata demi kepentingan dan 'poket' sendiri, selain sanggup memutar belit ayat suci Allah SWT bagi meraih sokongan.

    Perlukah rakyat mendengar 'dakwah-dakwah' ahli politik yang berlandaskan perasaan dendam dan tamak semata-mata, sedangkan rakyat mahu melihat hasil, bukan retorik yang tidak masuk akal.

    Hakikatnya, debat tidak perlu diadakan kerana ia hanya akan menjadikan penipuan-penipuan yang indah khabar dari rupa bakal memenuhi pemikiran rakyat dan seterusnya memusnahkan apa yang kita ada sekarang.

    Justeru, rakyat perlu waras dalam menilai baik dan buruk sekiranya debat diadakan kerana yang pasti setiap orang ada pendapat sendiri.


      • Hero Kampong Ori FAKTA : hutang pnjaman luar negara x kn abis. malaysia hanya mmbayar faedah dr pnjaman luar yg smakin mningkat. ade sape2 nk bangkang..? kihkih..
        21 January at 10:31 · 
      • Amir Ahmad bro..mana negara yg xdak hutang?hang pun mesti ada hutang..tul x?apa yg peliknya..
        23 January at 13:54 · 
      • Amir Ahmad kita jgn la nak kacau smpai ke hutang negara..apa perasaan hang kalau ade orang sibuk2 ngan hutang hang..hang marah x?
        23 January at 13:55 · 
      • Fauzie Rizal Mohamad Sharif US pun hutang sampai Trillion dolar....yb2 semua mesti ade utang...dah habis bayar lum??
        23 January at 13:55 · 
      • Amir Ahmad kih kih..wa pun ade hutang..x abis g bro..hehe
        23 January at 13:56 · 
      • Fauzi Francis oleh itu.. kita kena bandingkan hutang luar negara kita dengan gdp kita dan negara lain... kita masih ok... dalam iklim ekonomi sperti ini kita ok... US almost 100% daripada gdp value
        23 January at 13:58 · 
      • Koulong Kojiun 
        kalau tak tahu pasal GDP , jangan cakap pasal hutang ...inilah kesan apabila hanya dengar cakap pecacai lembu pakatan haram sial , setiap negara dalam dunia punyai hutang luar , sedangkan negara Saudi yg kaya dengan minyak pun berhutang , h...See more
        23 January at 14:07 · 
      • Fauzi Francis anda benar koulong
        23 January at 14:09 · 

No comments:

Post a Comment