Tuesday, 11 October 2011

Kes seorang Penyeludup di Tumpat Kelantan


  • kes penyeludup

    By Tun Maharezza · Last edited about 8 months ago · Edit Doc · Delete
    Hani Asari

    Sepertimana yang kita tahu semalam telah berlaku satu kejadian tragis di Tumpat Kelantan berpunca dari salah faham.
    Pagi semalam anggota UPP telah mengejar sebuah kereta kancil yang dipercayai membawa beras seludup (beras siam).

    Ketika dalam episod kejar-mengejar itu tiba-tiba kereta kancil tersebut berhenti dan anggota UPP bergegas turun menuju ke kenderaan yang dikejar tersebut. Mereka terkejut apabila melihat lelaki yang memandu kenderaan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih. Lelaki itu dikenali sebagai Sa'aid Bin Mat Hassan berusia 56 tahun.

    Atas rasa tanggungjawab walaupun orang itu sedang dikejar mereka anggota UPP mengangkat dan membawanya ke Hospital Tumpat. Tiba di hospital anggota UPP terbabit diminta menunggu di bahagian luar bilik rawatan.

    Sementara menunggu, mereka mengambil keputusan untuk pergi bersarapan di sebuah kedai berhampiran hospital.

    Ketika mereka sedang bersarapan tiba-tiba datang dua tiga biji kenderaan yang dinaiki oleh beberapa lelaki cuba menyerang anggota UPP tersebut dan salah seorang daripada mereka adalah anak saudara kepada mangsa.

    Anak saudara mangsa mendakwa anggota-anggota UPP tersebut memukul bapa saudaranya sehingga meninggal dunia. Dalam keadaan kelam kabut itu tiga anggota UPP berjaya meloloskan diri. Hanya seorang yang tidak berjaya lari.

    Yang seorang itu telah dikepung oleh kumpulan lelaki berkenaan dan untuk menyelamatkan diri , dia terpaksa melepaskan tembakan. Tembakan itu telah terkena anak saudara mangsa,Ahmad Nizamuddin 19 tahun.

    Lalu lelaki yang terkena tembakan itu dikejarkan ke Hopital Tumpat yang berada berhampiran dengan tempat kekecohan itu. Oleh kerana keadaannya kritikal maka dia telah dipindahkan ke Hospital Kota Bharu.

    Itu yang sebenar-benarnya terjadi semalam.

    Sekarang ini khabar angin telah disebarkan di Kelantan kononnya anggota UPP telah memukul lelaki yang memandu kereta kancil itu hingga mati dan menembak anak saudara mangsa kerana dia adalah saksi yang melihat kejadian itu.

    Cerita itu telah dipusing. Ada pihak-pihak yang cuba menangguk di air negeri Kelantan yang sememangnya keruh dan kuning sejak berpuluh tahun lalu. Mereka cuba hendak pusing cerita sepertimana mereka menuduh SPRM membunuh setiausaha politik haram, Teoh Beng Hock.

    Yang sebenarnya...

    Lelaki yang dikejar oleh anggota UPP berkenaan meninggal dunia kerana serangan jantung. Rekod penyakit jantungnya memang telah ada di hospital.

    Bukan sesuatu yang pelik dalam kedaaan terkejut kerana dikejar oleh anggota UPP beliau boleh terkena serangan jantung kerana terkejut. Tambahan pula usianya sudah 56 tahun.

    Nak salahkan anggota UPP pun tak boleh, mereka bukannya tahu arwah ada penyakit jantung. Lainlah kalau di bahagian belakang kenderaannya tercatat 'pemandu berpenyakit jantung'.

    Perkara ini tidak akan timbul sekiranya arwah tidak cuba lari ketika dikejar oleh UPP. Berhenti dengan cara elok dan selesaikan dengan cara elok.

    Bagaimana UPP hendak pukul mangsa kalau mangsa berada dalam kenderaan ? Kalau nak pukul mestilah kena tarik keluar dan pukul.

    Jika benar seperti cerita yang disebarkan kononnya anak saudara mangsa yang ditembak nampak bapa saudaranya kena pukul, kenapa dia tak serang anggota UPP yang memukul pada waktu itu ?

    Semua itu karut semata-mata. Cerita asal telah ditokok tambah demi kepentingan politik Pas. Mereka cuba nak jadikan sepertimana kes Teoh Beng Hock dan Aminulrasyid.

    Tindakan anggota UPP melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri sehingga terkena anak saudara mangsa bukannya satu kesalahan. Memang mereka diberikan senjata untuk mempertahankan diri. Kalau dia seorang diri telah dikepung dan dalam keadaan cemas begitu tak logiklah dia nak buka silat pula sedangkan pistol ada. Apatah lagi dia mempunyai kebenaran untuk menggunakan senjata api.

    Lagi pun tindakan anak saudara mangsa yang baru berusia 19 tahun cuba menyerang seorang penjawat awam yang sedang dalam tugas adalah satu kesalahan. Dalam kes ini cerita telah diputar belit, orang yang bersalah digambarkan tidak bersalah dan orang yang menjalankan tugas digambarkan sebagai penjahat.

    Jangan bimbang dan jangan patah semangat wahai anggota-anggota UPP, teruskan tugas anda sepertimana yang diamanahkan. Ramai lagi rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang anda.

    12 minutes ago · Like ·  · Subscribe


    • Mat Rambo and 3 others like this.
      • Encik Kobain terkena serangan jntung mulut brbuih?
        18 February at 13:31 · 
      • Hani Asari Tanda-tanda serangan jantung
        1. Mual 
        2. Muntah 
        3. Terasa nk pengsan 
        4. Berpeluh
        18 February at 13:45 ·  ·  1 person
      • Mat Rambo thanks...faham dh aku
        18 February at 13:47 · 
      • Mohd As'ri Ahmad ya latu....upp tu baik.....tak salah pape....siap antar g spital.....upp baik kan! kan! kan! serupa gak sprm....baik kan kan kan....tbh jatuh bangunan.....bini najib pun baik gak kan kan kan....dia belanja sket je g dubai aritu. tak sampai rm 100 pun....
        18 February at 13:54 ·  ·  1 person
      • Hani Asari kes TBH jatuh bangunan tu ada kaitan dgn DAP. sbb TBH simpan terlalu byk rahsia salah guna DAP. DAP menyonglap duit2 kerajaan negeri tanpa pengetahuan PAS dan PKR.
        18 February at 14:01 · 
      • Encik Kobain buih ngan muntah tu sama ke?
        18 February at 14:03 · 
      • Mat Rambo hehehe...dari kes polis dh g g dubai nihhh...MAS...ko nihhh..hehehe...balik kat pondokx2 tuk Kambing..g minum air suci (rendam tapak kaki Poknik )..hehehe
        18 February at 14:05 ·  ·  1 person
      • Mohd As'ri Ahmad ya la tu.....betul kata ko hani asari....tbh bunuh diri....jatuh bangunan bukan kena bunuh kan kan kan....
        18 February at 14:07 · 
      • Hani Asari kemungkinan dia di bunuh ttp ada sbb ini kan ada kaitan dgn DAP. tembelang DAP dh makin nk pecah d sebabkan oleh TBH. DAP dh byk songlap duit2 rakyat selangor melalui projek2 yg x pernah wujud pun.. cuma PAS & PKR x nmpk atau buat2 x nmpk jerr..
        18 February at 14:12 · 
      • Zek Aidc ikut undang2 ja..mcm lampu isyarat la merah berhenti, kalau merah jalan, kalau nasib baik selamat, nasib tk baik kena rempuh dgn kenderaan lain. kalau tk mati masuk spital . sendiri mau ingat la
        18 February at 14:15 · 
      • Encik Kobain tulah hari2 nak wat rasuah...kelak nanti Allah tunjuk gak...
        18 February at 14:16 · 
      • Hani Asari kita mgkn boleh salahkan pihak berkuasa bila jadi mcm ni..tp tgk jg dr sudut lain..mmg kesian la kat pakcik tu & keluarga dia tp hakikat. knp pakcik tu p nk seludup beras lak..bila dh kena kejar wat per x behenti. apa pun masih ada budi bicara. dan sedara mara pakcik tu yg dtg beria2 nk menyerang upp tu wat per? negara msh ada undang2 dan amarah itu adalah sifat syaitan boleh membinasakan diri bila x di kawal.
        18 February at 14:20 · 
      • Johari Radzak ‎.itu lah kita...jangan dgr sebelah pihak... dan jgn dengar satu dua org.... tanya mereka yg tahu mengenai kes ini....jgn hanya tahu sedikit tapi menokok tambah cerita... org politik pula main sentimen atas cerita ini utk menang p/raya... org yg revolusi mengapi2 kan cerita utk demontrasi bagi ramai yg mati..... si pakturut jadi makanan si pak jerut.... sibodo jd alat sipandai.......
        18 February at 14:28 ·  ·  1 person
      • Abdul Ghani Taib polis ni ibarat lilin...membakar diri menerangi orang lain
        18 February at 15:35 · 
      • Hani Asari 
        dlm sepohon pokok tentu ada buah yg x elok tp buah2 yg lain msh boleh d makan...mcm tu jgk la Polis..x semunya x elok...apa pun mereka adalah pendokong perlembagaan negara. menjaga keamanan dan kemakmuran..cuba d fikirkan time lampu isyarat...See more
        18 February at 15:43 · 
      • Zek Aidc hani asari , kalau jenis mat rempit mana depa peduli lampu isyarat . silap2 polis pun disodomnya dgn motor... :D
        18 February at 15:45 · 
      • Hani Asari mmg dh byk terjadi kes mat2 rempit sondol polis ponnn...dh la merempit, moto curi lak tu, lesen tak dak, bwh umor...mana tah mak bapak budak2 ni...huhuhuhu..nnt lau per2 jadi salahkan polis lak.. bengong tul..
        18 February at 15:53 · 
      • Johari Radzak 
        kelate serambi mekah....ahli syurga...ikut akhlak nabi..kita blh bayang rakyatnya tentu org yg baik... sabar....tidak sangka buruk... tidak menfitnah.... tp tanpa usul periksa ajak kwn 30 org serang dan belasah anggota UPP.... yg hanya 4 or...See more
        18 February at 16:07 ·  ·  1 person
      • Hani Asari manusia xkan pernah berpuas hati...

No comments:

Post a Comment